Berkenalan Dengan Pengasas
Akademi Kesihatan Mental diasaskan oleh Aiman Amri, atau lebih mesra dikenali sebagai “Aiman Psikologi”. Beliau aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia secara bersemuka dan dalam talian.
Sebagai seorang psikologis klinikal, Aiman banyak mendidik masyarakat dengan ilmu psikologi melalui ceramah, bengkel dan penulisan di media sosialnya yang kini mempunyai lebih 350,000 pengikut.
Aiman berinspirasi untuk menjadikan kesihatan mental sebagai topik yang menarik untuk dipelajari dengan pendekatan yang kasual agar mudah difahami oleh masyarakat, tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut, dengan motto beliau “Santai & Saintifik”.
Psikologis Klinikal
Selepas menamatkan sarjana muda BSc in Psychology di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar minatnya dengan berkhidmat di WeCare Allied Health Center, sebuah pusat psikologi swasta untuk perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa di Kuala Lumpur, sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist dan terus menyumbangkan kepakarannya di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam sebagai Pengurus Akademi. Pada tahun 2020, beliau menyambung pengajian Master of Human Sciences in Psychology (Clinical & Counselling) di UIA Gombak. Sepanjang 3 tahun ini, Aiman telah menjalani latihan klinikal di Thrive Well, sebuah pusat psikologi swasta yang pakar dalam isu trauma dan juga Jabatan Psikiatri di Hospital Kajang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Aiman berpengalaman membuat penilaian psikologi kepada perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa. Pendekatan beliau dalam rawatan psikoterapi kerap bersama pesakit kemurungan, kegelisahan, dan trauma.
Penceramah
Aiman mempunyai pendedahan yang luas dalam menyebarkan kesedaran dalam bidang psikologi dan tingkah laku manusia. Sebagai HRD Corp Certified Trainer, Aiman telah mengendalikan seminar, latihan dan bengkel kepada lebih 250 institusi pendidikan, kerajaan, korporat dan pertubuhan NGO sejak 2017. Modul beliau merangkumi topik kesedaran kesihatan mental, pengurusan tekanan, regulasi emosi dan lesu upaya (burnout) dalam kalangan pelajar/pekerja. Antara klien beliau adalah seperti Bank Negara Malaysia, Petronas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Amanah Rakyat dan pelbagai institusi pendidikan tinggi di serata negara. Beliau juga giat bersama NGO sebagai salah satu usaha aktivisme untuk membanteras stigma kesihatan mental ini. Beliau telah muncul di pelbagai aliran media seperti Mingguan Wanita, Pa&Ma, Kosmo!, Astro Awani, Bernama, TV Al Hijrah dan Malaysia Hari ini. Setakat ini, pencapaian paling membanggakan ialah menjadi hos kepada rancangan televisyen “Psikosis”, diterbitkan oleh RTM1. Dokumentari 13 episod ini berfokuskan untuk mendidik masyarakat mengenai kepelbagaian jenis kecelaruan mental yang ada.
Penulis Buku
Dalam usaha mendidik masyarakat dengan ilmu psikologi, Aiman telah menulis 5 buah buku berkaitan perkembangan kanak-kanak, personaliti dan kesihatan mental dewasa, sejak tahun 2019. Dengan pelbagai genre merangkumi motivasi, self-help dan komik, naskah beliau kerap menjadi koleksi bestseller di Popular, MPH dll. Antara hasil penulisan beliau:
- How Are You? – Iman Publication, 2019
“Memahami perjuangan senyap isu depression, anxiety dan stress.” - Autisme: Unik/Pelik? – Whitecoat, 2019
“Manual santai untuk ibu bapa dan guru berhadapan kanak-kanak Autism.” - Pendiam? – Iman Publication, 2020
“Memahami personaliti introvert dalam dunia yang meraikan ekstrovert.” - Psikologis Imran – Iman Publication, 2022
“Komik santai seorang psikologis klinikal merawat isu anxiety pesakitnya.” - Mendewasa Dengan Luka – Iman Publication, 2023
“Memahami bagaimana luka emosi masa lalu memberi kesan kepada diri.” - eBuku – “8 Teknik Self-Care”, “3 Latihan Ketenangan”, & “Ramadan Reborn Worksheet”
Apa Kata Mereka?
(nama ditutup untuk melindungi identiti)
Sertai Akademi Kesihatan Mental Sekarang
Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Sendiri Secara Praktikal
Dapatkan akses tanpa had pelbagai kursus dalam talian, sertai kelas live setiap bulan bersama panel bertauliah, dan tonton rakaman semua episod untuk ulang kaji, bila-bila masa dimahukan, daripada lokasi pilihan anda.