5 Teknik. 24 Video. 100% Percuma
(Butiran ini hanya akan digunakan untuk makluman akses kursus sahaja)
Bayangkan anda mengalami simptom kesihatan mental sehingga tertekan teruk dan tak tahu nak buat apa.
Sudah isi borang DASS21 untuk saringan, dengan keputusan Mild/Moderate untuk skala kemurungan, kegelisahan dan stres.
Dirujuk ke Jabatan Psikiatri hospital tetapi tarikh temu janji lagi 4-6 bulan, kerana terlalu ramai pesakit.
Anda pun kembali ke kehidupan asal sementara menunggu tarikh sesi.
Jadi, kursus dalam talian ini nak bantu anda untuk dapat belajar skil yang praktikal dalam mengurus simptom tekanan itu, sementara menunggu rawatan klinikal. Supaya keadaan tak terus melarat, jika tiada teknik coping yang sihat.
Penafian Penting:
Kursus ini fokus kepada kesedaran dan kemahiran mengurus simptom, tetapi bukan sebagai pengganti kepada rawatan klinikal anda. Sila rujuk pakar yang merawat anda sebagai rujukan utama.
Memahami konsep tekanan (stres) dan kesannya kepada biologi dan psikologi harian kita.
Lima teknik praktikal yang boleh kita amalkan untuk tenangkan diri daripada simptom tekanan.
Langkah satu demi satu untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental profesional, jika perlu.
© Hak Cipta Terpelihara oleh Akademi Kesihatan Mental @ 2024