Sembuh Daripada Luka Emosi Anda
Akademi Kesihatan Mental diwujudkan untuk bantu anda memahami luka emosi zaman kanak-kanak dan belajar teknik praktikal dalam proses perdamaian. Supaya keadaan tak terus melarat, jika tiada teknik coping yang sihat untuk mengurus emosi sendiri.
100+
Ahli komuniti seluruh Malaysia
50+
Jam keseluruhan durasi video
15+
Kursus & webinar untuk ditonton
2+
Sesi kelas live setiap bulan
"Hidup Rasa Emosi Tak Terurus.."
Perkembangan emosi manusia dibentuk sejak dari kelahiran lagi, bukan hanya ketika dewasa. Antara faktor penyumbang ialah persekitaran sosial sepanjang membesar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Keperluan tumbesaran emosi sama penting dengan keperluan fizikal seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
Ada empat elemen penting perlu dipenuhi dalam diri kita sejak zaman kanak-kanak dahulu:
- Selamat - Wujud rasa selamat dan tenang daripada ancaman dan tekanan dunia luar setiap kali pulang ke rumah.
- Didengari - Dapat ekspresikan diri, perasaan dan pengalaman kepada keluarga tanpa sebarang 'judgement'.
- Disayangi - Membesar dengan tahu bahawa kita bukan beban kepada keluarga, tetapi anugerah kepada mereka.
- Diraikan - Diberi peluang dan ruang untuk sedar bahawa kita sebahagian daripada keluarga.
Apabila ada yang tak dipenuhi sebaiknya antara keempat-empat ini, ia menjadi cabaran ketika zaman silam kanak-kanak kita dahulu, sehingga terbentuknya luka emosi yang membawa kesan ke alam dewasa kita sekarang.
Adakah Anda Alami Ini?
Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.
Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.
Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.
Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.
Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.
Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.
Ini antara kriteria individu yang alami kecederaan emosi sepanjang dia membesar sehingga beri kesan negatif kepada alam dewasa. Tetapi, bukanlah semestinya anda alami trauma, lebih kepada isu emosi tak membesar dengan sihat dan matang, kerana ada luka itu.
Mencari makna hidup kita sekarang, daripada pengalaman kita terdahulu. Mengubah persepsi 'victim' kepada 'survivor', kerana selepas emosi yang terluka, kita belajar cari jalan untuk berdamai dengan masa lalu.
"Don't let your past, define your present and dictate your future."
Bertemakan “Sembuh Bersama”, Akademi Kesihatan Mental diwujudkan sebagai platform untuk komuniti yang alami luka emosi dalam diri ini agar dapat belajar kemahiran praktikal mengurus kesihatan mental sendiri daripada pihak bertauliah dan sokongan sesama ahli komuniti lain.
- Bersama Ahli Bertauliah
Komuniti diselia oleh psikologis klinikal
Belajar bersama ahli berkelayakan dalam industri kesihatan mental untuk pastikan anda dapat ilmu betul dan sahih. Setiap 3-4 bulan sekali ada jemputan istimewa daripada pakar berbeza (psikiatris, psikologis, kaunselor dan lain-lain yang berkaitan).
- Kupasan Senang Faham
Teknik Praktikal Mengurus Emosi Diri
Anda akan belajar untuk memahami masa silam, kemahiran memproses perasaan sekarang dan belajar teknik mengendali emosi secara sihat. Dengan pendekatan kasual dan bersahaja untuk pastikan anda faham teori psikologi ini, selari dengan prinsip “Santai & Saintifik”.
- Komitmen Untuk Belajar
Kelas live dan rakaman tanpa had
Hadir sesi dalam talian setiap 1-2 minggu melalui aplikasi Zoom dan dapat akses semua rakaman (episod lama dan baru). Tonton dan ulang kaji bila-bila anda mahu ikut rentak masa sendiri, asalkan ada internet yang stabil.
- Ruang Selamat Tertutup
Berdiskusi dan saling bertukar semangat
Berhubung dengan ahli komuniti lain yang berkongsi luka emosi yang sama dan mampu memahami kisah anda. Berinteraksi dan berkongsi semangat sesama ahli, dalam sistem komuniti yang selamat dan tertutup.
Berkenalan Dengan Pengasas
Akademi Kesihatan Mental diasaskan oleh Aiman Amri, atau lebih mesra dikenali sebagai “Aiman Psikologi”. Beliau seorang psikologis klinikal yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Aiman banyak mendidik masyarakat dengan ilmu psikologi melalui ceramah/bengkel bersemuka dan dalam talian, serta melalui penulisan di media sosialnya yang kini mempunyai lebih 350,000 pengikut.
Psikologis Klinikal
Menjalani latihan klinikal di Thrive Well (pusat psikologi swasta pakar isu trauma), Hospital Kajang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Pendekatan dalam rawatan psikoterapi kerap bersama pesakit kemurungan, kegelisahan dan trauma.
Penceramah
Berpengalaman mengendalikan ceramah, bengkel dan webinar kepada lebih 200 institusi kerajaan, korporat dan pendidikan sejak 2017. Pendekatannya santai dan bersahaja, tetapi saintifik dan sentiasa merujuk teori-teori psikologi yang sahih.
Penulis Buku
5 buku pelbagai topik psikologi seperti Autism, personaliti dan kesihatan mental. Buku terbarunya "Mendewasa Dengan Luka", berkisarkan isu memahami dan berdamai dengan luka emosi zaman silam, telah terjual lebih 1,000 unit pada minggu pertama pelancaran (Ogos 2023).
Apa Kata Mereka?
(nama ditutup untuk melindungi identiti)
Sebuah komuniti yang diasaskan oleh Aiman Amri (@AimanPsikologi), seorang psikologis klinikal sebagai platform untuk bantu individu yang alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu. Setiap keahlian akan mendapat akses pelbagai kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas secara Live setiap 2 minggu.
Anda juga akan dimasukkan ke sebuah sistem komuniti eksklusif untuk anda berinteraksi secara bebas dengan ahli lain, sebagai kumpulan sokongan, bertukar pendapat, perbincangan isu semasa dan sebagainya.
Terbuka kepada mana-mana individu yang ada alami luka emosi sehingga beri kesan ke alam dewasa sekarang. Jika anda memang ada diagnosis, ambil maklum bahawa perkongsian dalam Akademi ini bukan pengganti kepada rawatan klinikal anda (jika ada).
Selepas anda mendapat akses, semua video kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas terdahulu sedia untuk ditonton, mengikut rentak masa anda sendiri. Bagi kelas secara Live pula, akan diadakan secara dalam talian setiap dua minggu sekali melalui aplikasi Zoom.
Setiap kelas yang dijalankan, akan dirakam dan anda boleh tonton semula jika terlepas, atau untuk ulangkaji semula. Tiada had untuk anda akses semua rakaman, termasuk kelas-kelas sebelum keahlian anda bermula.
Ya, anda perlu ada internet yang stabil dan peranti yang sesuai untuk akses semua semua kursus, webinar, rakaman kelas dan platform komuniti. Akademi Kesihatan Mental ini bersifat dalam talian sepenuhnya, jadi anda boleh sertai dari lokasi yang anda selesa.
Boleh, langganan keahlian anda boleh ditamatkan bila-bila masa anda mahu. Anda akan dapat akses penuh selagi mana tempoh langganan belum tamat. Contohnya, anda langgan untuk satu bulan dan tamatkan langganan pada hari ke-20. Jadi, anda tetap dapat akses berbaki lagi 10 hari.
Boleh, tiada masalah. Boleh terus bahagian tetap akaun anda di sini, dan ubah pakej langganan anda. Yuran pakej yang baru dpilih hanya akan dikira selepas pakej langganan lama tamat.
Tak perlu. Pembayaran akan dibuat secara automatik, berdasarkan pakej pilihan anda. Contohnya anda ambil pakej 3 bulan, maka apabila cukup 3 bulan, barulah pembayaran akan ditolak untuk 3 bulan seterusnya.
Boleh. Setiap pakej keahlian akan diberikan tempoh percubaan (free trial) selama 7 hari. Anda bebas untuk menonton video, hadir kelas, berdiskusi dan sebagainya, dalam tempoh masa ini.
Hanya kad debit atau kredit saja yang diterima oleh kami, memandangkan perlunya kaedah pembayaran berkala mengikut pakej keahlian. Setiap pembayaran akan melalui sistem gerbang pembayaran yang selamat dan sahih, maka butiran kad anda kekal terjaga.
Pilih pakej langganan anda, sama ada 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun. Selesaikan pembayaran dan anda akan terima emel untuk akses platform Akademi. Masuk dan lengkapkan profil anda di sana.
Sertai Akademi Kesihatan Mental Sekarang
Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Sendiri Secara Praktikal
Dapatkan akses tanpa had pelbagai kursus dalam talian, sertai kelas live setiap bulan bersama panel bertauliah, dan tonton rakaman semua episod untuk ulang kaji, bila-bila masa dimahukan, daripada lokasi pilihan anda.