Kelebihan Menyertai Akademi Ini

Komuniti diselia oleh psikologis klinikal

Belajar bersama ahli berkelayakan dalam industri kesihatan mental untuk pastikan anda dapat ilmu betul dan sahih. Setiap 3-4 bulan sekali ada jemputan istimewa daripada pakar berbeza (psikiatris, psikologis, kaunselor dan lain-lain yang berkaitan).

Teknik Praktikal Mengurus Emosi Diri

Anda akan belajar untuk memahami masa silam, kemahiran memproses perasaan sekarang dan belajar teknik mengendali emosi secara sihat. Dengan pendekatan kasual dan bersahaja untuk pastikan anda faham teori psikologi ini, selari dengan prinsip “Santai & Saintifik”.

Kelas live dan rakaman tanpa had

Hadir sesi dalam talian setiap 1-2 minggu melalui aplikasi Zoom dan dapat akses semua rakaman (episod lama dan baru). Tonton dan ulang kaji bila-bila anda mahu ikut rentak masa sendiri, asalkan ada internet yang stabil.

Berdiskusi dan saling bertukar semangat

Berhubung dengan ahli komuniti lain yang berkongsi luka emosi yang sama dan mampu memahami kisah anda. Berinteraksi dan berkongsi semangat sesama ahli, dalam sistem komuniti yang selamat dan tertutup.

Sebuah komuniti yang diasaskan oleh Aiman Amri (@AimanPsikologi), seorang psikologis klinikal sebagai platform untuk bantu individu yang alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu. Setiap keahlian akan mendapat akses pelbagai kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas secara Live setiap 2 minggu.

Anda juga akan dimasukkan ke sebuah sistem komuniti eksklusif untuk anda berinteraksi secara bebas dengan ahli lain, sebagai kumpulan sokongan, bertukar pendapat, perbincangan isu semasa dan sebagainya.

Terbuka kepada mana-mana individu yang ada alami luka emosi sehingga beri kesan ke alam dewasa sekarang. Jika anda memang ada diagnosis, ambil maklum bahawa perkongsian dalam Akademi ini bukan pengganti kepada rawatan klinikal anda (jika ada).

Selepas anda mendapat akses, semua video kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas terdahulu sedia untuk ditonton, mengikut rentak masa anda sendiri. Bagi kelas secara Live pula, akan diadakan secara dalam talian setiap dua minggu sekali melalui aplikasi Zoom.

Setiap kelas yang dijalankan, akan dirakam dan anda boleh tonton semula jika terlepas, atau untuk ulangkaji semula. Tiada had untuk anda akses semua rakaman, termasuk kelas-kelas sebelum keahlian anda bermula.

Ya, anda perlu ada internet yang stabil dan peranti yang sesuai untuk akses semua semua kursus, webinar, rakaman kelas dan platform komuniti. Akademi Kesihatan Mental ini bersifat dalam talian sepenuhnya, jadi anda boleh sertai dari lokasi yang anda selesa.

Boleh, langganan keahlian anda boleh ditamatkan bila-bila masa anda mahu. Anda akan dapat akses penuh selagi mana tempoh langganan belum tamat. Contohnya, anda langgan untuk satu bulan dan tamatkan langganan pada hari ke-20. Jadi, anda tetap dapat akses berbaki lagi 10 hari.

Boleh, tiada masalah. Boleh terus bahagian tetap akaun anda di sini, dan ubah pakej langganan anda. Yuran pakej yang baru dpilih hanya akan dikira selepas pakej langganan lama tamat.

Tak perlu. Pembayaran akan dibuat secara automatik, berdasarkan pakej pilihan anda. Contohnya anda ambil pakej 3 bulan, maka apabila cukup 3 bulan, barulah pembayaran akan ditolak untuk 3 bulan seterusnya.

Boleh. Setiap pakej keahlian akan diberikan tempoh percubaan (free trial) selama 7 hari. Anda bebas untuk menonton video, hadir kelas, berdiskusi dan sebagainya, dalam tempoh masa ini.

Hanya kad debit atau kredit saja yang diterima oleh kami, memandangkan perlunya kaedah pembayaran berkala mengikut pakej keahlian. Setiap pembayaran akan melalui sistem gerbang pembayaran yang selamat dan sahih, maka butiran kad anda kekal terjaga.

Pilih pakej langganan anda, sama ada 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun. Selesaikan pembayaran dan anda akan terima emel untuk akses platform Akademi. Masuk dan lengkapkan profil anda di sana.

Sertai Akademi Kesihatan Mental Sekarang

Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Sendiri Secara Praktikal

Dapatkan akses tanpa had pelbagai kursus dalam talian, sertai kelas live setiap bulan bersama panel bertauliah, dan tonton rakaman semua episod untuk ulang kaji, bila-bila masa dimahukan, daripada lokasi pilihan anda.