Akademi Kesihatan Mental ini ditubuhkan oleh Aiman Amri, atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi di media sosial.
Sejak 2017, beliau aktif berkongsi topik kesihatan mental kepada lebih 250 institusi pendidikan dan syarikat korporat, melalui seminar, bengkel dan juga webinar online secara bulanan.
Sepanjang itu, kerap sangat penganjur utarakan masalah dihadapi oleh pelajar atau staf mereka berkaitan tekanan emosi yang membawa kepada simptom yang semakin melarat.
Beliau dapat perhatikan kurangnya pendedahan masyarakat kita dengan ilmu psikologi dan kesihatan mental yang sahih, sedangkan pengetahuan itu boleh dianggap asas bagi mereka yang dalam bidang ini.
Oleh itu, melihat keperluan untuk adanya sebuah usaha untuk penyebaran ilmu ini dengan lebih meluas, Akademi Kesihatan Mental ditubuhkan ketika pandemik 2020.
Harapannya, ia mampu menjadi sebuah platform untuk sesiapa yang nak belajar ilmu psikologi dan kesihatan mental, dengan tema;
“Santai dan Saintifik”
Penafian Penting:
Akademi Kesihatan Mental ini fokus kepada platform untuk kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi. Ia bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).
Sertai Akademi Kesihatan Mental Sekarang.
Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Sendiri Secara Praktikal
Dapatkan akses tanpa had pelbagai kursus dalam talian, sertai kelas live setiap bulan bersama panel bertauliah, dan tonton rakaman semua episod untuk ulang kaji, bila-bila masa dimahukan, daripada lokasi pilihan anda.