Course Content
Teknik 4 – Ketenangan Otot, Lepaskan Tekanan Yang Terkumpul
0/2
Teknik 5 – ‘Body Scan’, Mindful Dengan Tubuh Badan Sendiri
0/1
5 Teknik Tenangkan Diri
About Lesson

Hai semua! Salam sejahtera 🙂

Saya perhatikan rakyat kita ada kekosongan dari segi pendidikan dan pendedahan berkaitan emosi dan mental, terutama daripada sumber yang sahih. Sebab itu saya tubuhkan Akademi AP ini sebagai usaha untuk sebarkan ilmu tersebut kepada semua.

Saya seronok dan berbesar hati apabila anda memilih untuk daftar ke kursus 5 Teknik Tenangkan Diri ini, iaitu kursus online untuk belajar cara mengendali simptom tekanan dalam isu kesihatan mental.

Saya harap kursus ini bermanfaat kepada sesiapa saja yang membaca ini, tak kira siapa anda dan latar belakang apa. Semoga pendidikan kesihatan mental di Malaysia semakin meluas dan kesedaran itu dapat membantu untuk kita menjadi generasi yang lebih sihat emosi dan mentalnya.

Kursus ini 100% percuma dan terbuka untuk semua, namun sebarang tajaan dan sumbangan tetap dihargai untuk bantu agar projek percuma sebegini dapat diadakan lagi (tajuk lain) pada masa akan datang. Tetapi usah risau. Jika anda tak menyumbang pun, kursus ini tetap percuma sepanjang hayat dan tak beri apa-apa kesan 🙂

Okay?

Salam perkenalan daripada saya, Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi di media sosial. Saya aktif berkongsi ilmu psikologi dan kesihatan mental kepada masyarakat Malaysia melalui pendekatan saintifik tetapi santai. Biodata penuh saya boleh dibaca di sini.

Terima kasih kerana mengikuti kursus ini dan saya ucapkan selamat belajar!

Salam hormat daripada saya,
Aiman Psikologi

Join the conversation
0% Complete