🎥 Komuniti Eksklusif

Sertai Keahlian "Akademi Sembuh Bersama"

Komuniti Tertutup (Dalam Talian) Untuk Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Sendiri Secara Praktikal Daripada Psikologis Klinikal Bertauliah.​

150+ ahli berdaftar sejak tahun 2024

(Psstt... Kami hadiahkan anda akses percuma selama 2 bulan!)

Tawaran Keahlian Eksklusif ini akan tamat dalam masa:

Hari
Jam
Minit
Saat

Setiap Pakej Keahlian Ini Termasuk:

Akses Semua Kursus Online Akademi

Berjumlah 20 kursus dalam talian yang merangkumi topik kemurungan, kegelisahan, ketagihan, personaliti introvert dan banyak lagi! Durasi keseluruhan video melebihi 50 jam dan akan terus bertambah.

(bernilai RM 1,500)

Rakaman Kelas 2025 (modul HEAL) dan 2026 (modul SEMBUH)

Lebih 20 kelas telah berlangsung sejak Disember 2024. Rakaman ini mengupas formula H.E.A.L. dan S.E.M.B.U.H., iaitu strategi memulakan penyembuhan luka emosi anda, berserta kertas kerja sekali untuk praktikal.

(bernilai RM 1,644)

Kelas Live Bulanan Bersama Psikologis

Diadakan dua kali sebulan, untuk anda belajar secara praktikal teknik dan strategi berhadapan dengan luka emosi sendiri. Juga ada slot “Member Spotlight”, iaitu perkongsian pengalaman oleh ahli Akademi yang lain. Rakaman juga akan diberikan.

(bernilai RM 98 / kelas)

Platform Akademi Yang Tertutup & Eksklusif

Bayangkan seperti Facebook Group, tetapi sistem kita sendiri. Pihak Akademi menyediakan ruang eksklusif untuk semua ahli bersosial, bertukar cerita dan pendapat secara maya, serta saling menyokong. Buka dari mana-mana peranti!

(bernilai RM 98 / bulan)

BONUS 1 - Koleksi Kertas Kerja (Worksheet)

Kami sediakan bahan-bahan ini untuk digunakan dalam setiap kelas live, kertas kerja ini bersifat praktikal untuk praktis skil dan strategi. Anda boleh muat turun dan belajar bersama-sama dalam video rakaman kelas lepas, panduan step-by-step.

(bernilai RM 39 / bulan)

BONUS 2 - Diskaun Sesi Terapi Bersama Panel Akademi

Pihak kami juga ada menyediakan servis rawatan terapi psikologi. Semua ahli Akademi berpeluang untuk langgan servis ini dengan kadar yang lebih rendah berbanding yang bukan ahli.

(diskaun RM30)

BONUS 3 - Koleksi Rakaman Video Sembuh

Lebih daripada 10 episod disampaikan oleh pelbagai pakar kesihatan mental (psikiatris, psikologis dan kaunselor), sedia untuk ditonton dan dihadam. Dah dipecahkan mengikut topik, untuk mudahkan anda tonton.

(bernilai RM 497)

Jumlah Nilai Yang Anda Akan Dapat:

RM1,500 + RM1,644 + RM180 + RM98 + RM39 + RM30 + RM497 

= RM 3,988 sebulan

Hari Ini Sahaja:

BONUS PALING ISTIMEWA 🎉👇🏼

Selama 60 hari anda boleh akses percuma, tanpa apa-apa bayaran!

Apa Kata Mereka?

Komen Peserta Sebelum Ini

Antara maklum balas daripada mereka yang telah mengikuti siri sebelum ini dan dah mula memahami diri dengan lebih mendalam.

“Aiman mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Psikologi. Kesungguhannya terserlah sejak pertama kali saya berjumpa dengannya – ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di United Kingdom. Aiman boleh dikatakan anak muda tempatan terawal yang berjaya membawa ilmu-ilmu psikologi yang kompleks kepada masyarakat dengan bahasa dan penyampaian yang mudah difahami. Aiman bijak menggunakan dunia siber, khususnya media sosial sebagai platform yang berkesan untuk advokasi isu psikologi dan kesihatan mental.”

Akif Basri, Psikologis Klinikal

“Saya senang berurusan dengan Tuan Aiman. Sejujurnya saya segan kerana beliau seorang yang dikenali. Bila berjumpa secara berdepan, orangnya santai dan kasual. Bila kita kekok, beliau pandai menyesuaikan diri agar kita selesa. Saya pernah sepentas dengan beliau bagi sesi sharing session dalam satu program tertutup, walaupun secara online, beliau pandai mengatur aktiviti agar peserta tidak mengantuk atau bosan.”

Nazia Suhaimi, Pejuang Anxiety Disorder​
Transformasi Sebegini Juga Boleh Dialami Oleh Anda!

“Daripada tak tahu, kepada lebih kenal luka emosi sendiri.”

Sekarang, giliran anda pula mulakan langkah pertama ini.

Belajar Apa Nanti?

Silibus Tahun 2027: FAMILY

Setiap kelas ini berlangsung secara LIVE setiap bulan, melalui platform Zoom.
Rakaman, nota catatan dan worksheet berkaitan akan diberi selepas setiap kelas berakhir.
(rakaman-rakaman episod terdahulu juga boleh ditonton semula berulang-kali!)