Terima kasih kerana memilih pilihan zon yang ada.

Di penghujung post ini, pihak kami berbesar hati akan berikan satu dokumen senarai bantuan kecemasan untuk kesihatan mental, jika anda memerlukan.

Secara ringkas, model Kontinum Kesihatan Mental ini (seperti dalam gambar di atas) membahagikan tahap kesihatan mental kita kepada 4 zon, atau peringkat yang berbeza. Individu yang ada dalam zon hijau dan kuning, masih dianggap sihat cuma perlu berjaga-jaga, supaya tak terus merosot.

Sebab apabila dah masuk ke zon oren, satu petanda mereka perlu dapatkan bantuan profesional di hospital, kerana sudah dikira satu masalah yang perlu dirawat.

Tahu tak, senarai menunggu untuk kita berjumpa doktor psikiatri di hospital kerajaan (sesi pertama), boleh mencecah 3-4 bulan? Selepas dah masuk dalam database hospital (mula jumpa doktor), apabila kita nak minta dirujuk ke psikologis klinikal pula, boleh mencapai 3-5 bulan menunggu!

Bergantung kepada hospital kerajaan mana, banyak faktor jadi penyebab:

Jadi, semakin ramai akan terus menunggu untuk dapatkan bantuan.

Antara tujuan utama projek Akademi Kesihatan Mental sebenarnya, nak mengisi kekosongan ini.

Untuk sediakan satu platform kepada mereka yang masih menunggu giliran panjang ini, tetap dapat belajar skil kemahiran praktikal untuk urus kesihatan mental sendiri. Bukanlah tahap sehingga boleh gantikan rawatan klinikal, tetapi sekurang-kurangnya, ada teknik boleh diamalkan, supaya keadaan mental tak jadi semakin teruk kerana lama menunggu rawatan.

Terima kasih kerana menjawab survey kami.

Sebagai penghargaan, di sini kami sediakan panduan senarai nombor bantuan untuk rawatan masalah kesihatan mental anda.

Anda dialu-alukan untuk screenshot atau simpan terus ke gajet anda, juga untuk sebarkan kepada sesiapa yang anda percaya mereka akan dapat manfaat daripada panduan ini.

Muat turun versi PDF berkualiti tinggi di sini

“Tak sempurna kesihatan seseorang, tanpa kesihatan mentalnya.”

– Akademi Kesihatan Mental –