“Are You Anxious?” – Konvensyen Kesihatan Mental

Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Memahami fenomena Anxiety daripada kanak-kanak ke alam dewasa, disampaikan oleh 5 panel profesional dan bertauliah dalam rawatan kesihatan mental.

Sesuai untuk beginner yang nak:
✅ Belajar menyantuni emosi si kecil
✅ Tahu beza Depression, Anxiety dan Stress
✅ Faham kesan Burnout di tempat kerja
✅ Kenalpasti teknik mengendali simptom Anxiety dalam diri
✅ Tahu cara dapatkan bantuan dan jenis rawatan yang ada
✅ Tuntut ilmu kesihatan mental daripada pakar professional dengan sumber yang sahih dan saintifik

(Video Rakaman Berdurasi 8 Jam)

 

Anda pernah alami begini?

  • Rasa resah gelisah macam ada benda yang tak kena, tapi tak tahu apa.
  • Selalu overthink sesuatu perkara sehingga mental dan fizikal jadi penat
  • Jantung berdegup laju, nafas jadi cepat (atau sesak), sehingga tangan berpeluh
  • Susah nak fokus dalam belajar atau kerja, sebab fikiran asyik rasa risau
  • Selalu rasa lesu dan penat, tapi tak dapat rehat atau tidur pun

 

Ini antara simptom penghidap Anxiety.

Tetapi, bukan bermaksud untuk beri diagnosis ya. Ini hanya senarai simptom, dan banyak lagi faktor lain boleh jadi penyebab kepada simptom dialami itu.

Tahukah anda?

Anxiety dan Depression ialah isu kesihatan mental tertinggi di dunia yang memberi kesan hampir 4% daripada jumlah populasi global, setakat data tahun 2019.

Iaitu, anggaran 548 juta penghidap!

Di Malaysia pula, 4 daripada 10 rakyat kita mempunyai masalah kesihatan mental dalam sepanjang hidup mereka (laporan NHMS, 2015)

Memperkenalkan,

“Are You Anxious?”

Konvensyen Kesihatan Mental 2023

Rakaman selama 8 jam berjumlah 5 slot berbeza, disampaikan oleh LIMA panel profesional dan bertauliah dalam industri kesihatan mental di Malaysia!

Video konvensyen ini menyentuh topik berkaitan Anxiety kanak-kanak hingga ke golongan dewasa bekerja.

Dianjurkan khas untuk bantu anda yang mahu menguasai asas-asas penting isu ini. Sangat sesuai untuk pemula (beginner)

Show More

What Will You Learn?

  • Menyantuni Emosi Anxiety Anak-anak - Dalam sesi ini, Dr. Rozanizam, pakar psikiatri, berkongsi Konsep asas emosi, pemikiran dan tingkahlaku sejak kecil, Ilmu keibubapaan asas melalui pendekatan psikologi, Tip bantu perkembangan psikologi anak-anak, Berasaskan ilmu sahih dan pengalaman sebagai pakar psikiatri.
  • Lesu Upaya Di Tempat Kerja - Dalam sesi ini, Dr. Alizi Alias, konsultan psikologis industri dan organisasi, berkongsi Konsep kontinum kesihatan manusia, Teknik mengurus burnout dalam kalangan pekerja, Peranan majikan dalam industri pasca-pandemik, Aplikasi amalan kesejahteraan mental di tempat kerja.
  • Overthinking, Lawan atau Layan? - Dalam sesi ini, Puan Izzat Zaid, psikologis klinikal, berkongsi, Prinsip asas anxiety sebagai emosi manusia, Konsep kitaran pemikiran gelisah yang membawa ke overthinking, Aplikasi latihan untuk mengurus psikologi diri agar tak tenggelam dalam pemikiran negatif.
  • Aku Ada Di Sini Bersama Kamu - Dalam sesi ini, Cik Atiqah Rusli, seorang kaunselor bertauliah, berkongsi Kemahiran mendengar dan mengiktiraf (validate) emosi individu dalam tekanan, Teknik memberi rawatan awal/kecemasan emosi dan psikologi, Kepentingan menjadi sistem sokongan penghidap Anxiety
  • Membina Daya Ketahanan Mental - Dalam sesi ini, Dr. Rostam, perunding psikiatri, berkongsi, Definisi, ciri-ciri dan personaliti individu yang kuat ketahanan mental, Kemahiran mengurus dan melatih kesejahteraan emosi dan pemikiran, Teknik membina matlamat/pelan tindakan untuk mengendali Anxiety.

Course Content

Rakaman Konvensyen Kesihatan Mental 2023

  • 1 – Menyantuni Emosi Anxiety Anak-anak | Dr Rozanizam, Pakar Psikiatri
    01:41:05
  • 2 – Lesu Upaya Di Tempat Kerja | Dr Alizi, Konsultan Psikologis Industri dan Organisasi
    01:54:05
  • 3 – Overthinking, Layan atau Lawan? | Puan Izzat, Psikologis Klinikal
    01:34:59
  • 4 – Aku Ada Di Sini Bersama Kamu | Cik Atiqah Rusli, Kaunselor
    01:46:36
  • 5 – Membina Daya Ketahanan Mental | Dr Rostam, Perunding Psikiatri
    01:45:39

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet