Introvert, Being Me

Categories: Personaliti
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Kenali personaliti dalam diri anda dan fahami kelebihan yang ada sebagai identiti kekuatan diri

Adakah anda seorang introvert yang selalu dianggap sebagai kekurangan?

Kebiasaannya, kita boleh nampak ada dua jenis golongan. Pertama, Ekstrovert yang sering terkehadapan, nampak yakin bersuara dan dikenali ramai orang. Kedua pula, Introvert yang kelihatan pendiam, pasif, tak suka bersosial dan jarang mengikuti aktiviti bersama.

Introvert sering dilabel sebagai satu kekurangan dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, individu introvert itu sendiri merasakan perkara sama. Personaliti ekstrovert pula dilihat sebagai satu kelebihan. Stigma ini terjadi kerana kurangnya pendedahan kita tentang psikologi personaliti manusia.

Sedangkan, kedua-dua personaliti ini hanya perbezaan dan setiap daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri.

Melalui Kursus “Introvert: Being Me” ini, anda akan memahami lebih baik tentang perbezaan personaliti manusia dan jika anda ada kenalan introvert, anda akan mampu empower mereka supaya kenal diri dan sedar bahawa mereka juga ada kekuatan tersendiri.

Show More

What Will You Learn?

  • Mengenali Introvert - Definisi, fakta, mitos, asal-usul dan sejarah berkaitan personaliti introvert daripada perspektif psikologi personaliti. Sedikit berat, tetapi akan disampaikan dalam bentuk santai dan kasual.
  • Adakah Anda Introvert? - 5 petanda orang introvert, biologi di sebalik personaliti ini dan jenis-jenis introvert yang ada. Kenal diri dahulu, baru tahu bagaimana nak empower diri!
  • Introvert dan Kesihatan Mental - Betul ke mereka ini lebih murung kerana banyak menyimpan? Atau gelisah kerana banyak berfikir? Melalui kajian sahih, kita terokai kaitan kesihatan mental dengan individu introvert.
  • Dear Introvert, Be You! - Kenalpasti 10 kekuatan dan kelebihan diri sebagai introvert, dan bina identiti diri anda tanpa perlu berasa terancam dengan individu berpersonaliti lain. Kita bina pelan tindakan bersama-sama.
  • BONUS - Rakaman dua webinar personaliti Ekstrovert dan Ambivert (setiap episod 1 jam)

Course Content

Permulaan

  • Pengenalan dan Profil Penyampai
    02:28
  • Penafian dan Kandungan
    02:01
  • eBuku Kerja Kursus

Introvert Itu Apa/Siapa?

Dari Kaca Mata Psikologi

Introvert dan Kesihatan Mental

Dear Introvert, Be You!

Penutup Kursus

Sesi Bonus

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet