About Course
“Kenapa dia macam tak sayang saya?”
- Macam mana nak bina tautan hati dengan orang tersayang kita?
- Apa teknik yang ada untuk pastikan hubungan romantik itu kekal sejahtera dan bahagia?
- Kenapa ada orang sayang kita tetapi macam tak sayang je?
“Kita semua mempunyai lima bahasa cinta berbeza”
Berdasarkan buku The Five Love Language oleh Gary Chapman, beliau utarakan teori bahawa setiap daripada kita ini mempunyai bahasa cinta yang tertentu, iaitu sejenis pilihan dan kesukaan kita dalam hubungan sosial dengan manusia lain.
1. Sentuhan Fizikal
Suka dipegang bahu, ditepuk belakang, dipeluk, salam tangan dan apa saja sentuhan dirasai, membuatkan dia rasa disayangi.
2. Kata-kata ungkapan
Pujian ikhlas, ucapan terima kasih, kata-kata manis dan menghargai, semua ini amat disenangi oleh mereka.
3. Masa Berkualiti
Meluangkan detik bersama orang tersayang ialah kata kunci untuk menyentuh hati golongan ini.
4. Hadiah / Ganjaran
Tak semestinya sesuatu yang mahal atau besar, asalkan pemberian itu boleh dilihat dan dipegang, mereka berasa dihargai.
5. Tindakan Bantuan
Sangat menghargai usaha keras oleh seseorang, contohnya tolong angkatkan barang, basuh baju, bantu kerja sekolah dan sebagainya.
Video ini bukan saja sesuai untuk pasangan suami isteri, tetapi juga bagus untuk bersama kawan, keluarga mahupun dalam organisasi yang mahu mencapai kehamornian hidup/bekerja bersama.
Course Content
5 Bahasa Cinta
-
5 Bahasa Cinta
58:50