🧠 Servis Klinikal Akademi

Ada Perkara yang Sukar Diceritakan. Di Sini, Anda Tak Perlu Hadapinya Sendirian.

Ruang profesional untuk anda berkongsi pengalaman, memahami cabaran emosi dan meneroka langkah yang sesuai bersama psikologis klinikal berdaftar.

Setiap sesi dikendalikan dengan penuh etika terhadap privasi, keperluan dan kesediaan anda.

Mengenali Proses

Terapi Bukan Sekadar
Tempat Meluahkan Perasaan

Psikoterapi ialah proses kerjasama antara anda dengan psikologis klinikal untuk memahami cabaran yang dihadapi, mengenal pasti corak pemikiran, emosi dan tingkah laku, serta membina kemahiran untuk menghadapinya dengan lebih berkesan.

Memahami Diri

Meneroka pengalaman hidup serta corak pemikiran dan emosi yang mempengaruhi kesejahteraan hidup anda sekarang

Mengurus Cabaran

Mempelajari kemahiran dan strategi praktikal untuk menghadapi tekanan, emosi yang sukar dan cabaran kehidupan

Membina Perubahan

Menetapkan matlamat yang realistik dan membina perubahan secara berperingkat mengikut keperluan dan kemampuan anda

Anda tak perlu tahu atau rancang apa yang hendak diceritakan sebelum memulakan sesi.

Psikologis klinikal akan membantu membimbing perbualan berdasarkan keselesaan dan keperluan anda.

Ruang Selamat & Etika Profesional

Cerita Anda Dihormati.
Privasi Anda Diutamakan.

Kami memahami bahawa berkongsi pengalaman peribadi bukan sesuatu yang mudah. Sebab itu, setiap sesi dijalankan berpandukan prinsip etika profesional, dengan menghormati privasi, maruah dan hak anda sebagai klien.

Kerahsiaan Profesional

Maklumat dikongsikan dikendalikan secara sulit, tertakluk batas kerahsiaan yang akan diterangkan sebelum sesi.

Pendekatan Tanpa Penghakiman

Anda diberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan perasaan dengan penuh hormat, empati dan tanpa dilabel.

Hak dan Kesediaan Anda

Anda berhak bertanya, menyatakan ketidakselesaan dan berbincang tentang hala tuju sesi mengikut keperluan anda.

Dikendalikan Secara Profesional

Sesi dikendalikan oleh psikologis klinikal berdaftar yang dilatih profesional dalam penilaian dan intervensi psikologi.

Bagaimana Dengan Kerahsiaan Sesi?

Perbincangan dalam sesi adalah sulit. Namun, kerahsiaan mempunyai batas tertentu, termasuk apabila terdapat risiko keselamatan yang serius atau kewajipan di bawah undang-undang. Perkara ini akan diterangkan dalam proses persetujuan termaklum sebelum sesi bermula.

Profil Panel

Kenali Psikologis Anda

Aiman Amri merupakan seorang ahli psikologi klinikal yang berdaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari University of Nottingham, United Kingdom, serta Ijazah Sarjana Psikologi (Klinikal & Kaunseling) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berbekalkan pengalaman dalam bidang klinikal dan advokasi kesihatan mental, beliau memberi tumpuan kepada individu dewasa yang berdepan dengan cabaran seperti kebimbangan (anxiety), kemurungan (depression), trauma psikologi serta kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan.

Dalam sesi terapi, Aiman mengaplikasikan pendekatan berasaskan bukti seperti Cognitive Behavioural Therapy (CBT), Acceptance & Commitment Therapy (ACT), teknik kesedaran minda (mindfulness) dan Terapi Kekeluargaan (Intergenerational & Family Therapy), mengikut keperluan setiap klien.

Pengalaman latihan klinikal beliau merangkumi pusat psikologi dan hospital kerajaan, dengan penglibatan dalam penilaian serta intervensi psikologi. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dengan kanak-kanak yang menghadapi cabaran perkembangan.

Aiman percaya bahawa setiap individu mempunyai pengalaman dan perjalanan hidup yang berbeza. Oleh itu, pendekatan beliau dalam terapi menekankan ruang yang selamat, empati dan kerjasama, bagi membantu klien memahami pengalaman mereka, membina kemahiran mengurus emosi serta mengambil langkah ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Kelayakan dan Keahlian Profesional

Master of Human Sciences in Psychology (Clinical and Counselling Psychology), International Islamic University Malaysia

Mulakan Langkah Pertama

Pilih Yang Sesuai dengan Keperluan Anda

Setiap individu mempunyai keperluan dan tahap kesediaan yang berbeza. Sama ada anda ingin mendapatkan konsultasi awal atau memulakan proses terapi, pilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Saringan & Konsultasi

Satu sesi ringkas bersama psikologis klinikal untuk membincangkan kebimbangan semasa dan meneroka langkah sokongan yang bersesuaian.

RM 100

/ 45 minit

Nota: Sesi saringan ini bukan terapi atau rawatan psikologi, dan tidak akan memberi anda penilaian/diagnosis penuh tentang diri. Sebaliknya, ia untuk perbincangan awal dan mendapatkan pandangan profesional secara umum

Pengambilan Klinikal

Sesi klinikal awal yang lebih mendalam untuk memahami latar belakang, cabaran psikologi dan matlamat anda sebelum merancang proses terapi.

RM 280

/ 90 minit

Selepas melengkapkan sesi ini, anda boleh meneruskan sesi terapi susulan berdasarkan keperluan dan perancangan bersama psikologis klinikal (hanya tersedia selepas sesi intake pertama)

RM 230 / 60 minit

Nota Penting: Sesi ini dijalankan secara dalam talian (Google Meet)

Akan Datang

Sesi Terapi Bersemuka

Kami sedang membuat persediaan untuk menawarkan sesi terapi psikologi secara bersemuka, bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada individu yang selesa mendapatkan sokongan dalam persekitaran fizikal yang selamat.

(terbuka kepada sesi individu atau terapi keluarga)

Buat masa ini, sesi konsultasi dan terapi psikologi boleh ditempah secara dalam talian sahaja

Masih Ada Soalan?

Persoalan Servis Klinikal

1. Apakah perbezaan sesi saringan dan sesi intake?

Saringan & Konsultasi ialah sesi sekali sahaja selama 45 minit (RM100) untuk membincangkan kebimbangan semasa dan mendapatkan pandangan awal. Clinical Intake pula ialah sesi pertama terapi selama 90 minit (RM280) untuk memahami latar belakang, cabaran serta matlamat anda dengan lebih mendalam. Sesi lanjutan (follow-up) akan berlangsung 2 minggu selepas sesi intake selesai.

Tidak. Jika anda dah bersedia memulakan proses terapi, anda boleh terus menempah Clinical Intake. Sesi saringan merupakan pilihan untuk mereka yang mahukan konsultasi awal.

Sesi pertama memerlukan lebih banyak masa untuk meneroka sejarah dan situasi semasa, memahami keperluan anda serta membincangkan matlamat dan perancangan terapi.

Selepas melengkapkan Clinical Intake (RM280/90 minit), sesi terapi susulan berharga RM230 untuk 60 minit setiap sesi. Tempahan susulan hanya tersedia kepada klien yang telah menjalani intake.

Kekerapan sesi bergantung pada keperluan, matlamat dan perancangan terapi yang dibincangkan bersama ahli psikologi klinikal. Anda tidak diwajibkan mengambil pakej sesi tertentu.

Ya. Maklumat sesi dikendalikan secara sulit mengikut etika profesional. Walau bagaimanapun, terdapat batas kerahsiaan tertentu, termasuk risiko keselamatan serius dan keperluan undang-undang, yang akan diterangkan semasa proses persetujuan termaklum.

Ya. Permohonan penjadualan semula sesi perlu dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu sesi yang telah ditempah. Sekiranya permohonan dibuat kurang daripada 24 jam sebelum sesi, caj tambahan sebanyak 50% daripada harga sesi asal akan dikenakan untuk penjadualan semula, melainkan ada hal kecemasan dan dipersetujui oleh psikologis klinikal anda. Sebarang perubahan tarikh atau masa adalah tertakluk kepada kekosongan jadual sesi.

Psikologis klinikal akan berada dalam Google Meet dan menunggu selama 15 minit daripada waktu sesi yang dijadualkan. Sekiranya anda menyertai sesi lewat tetapi masih dalam tempoh 15 minit tersebut, sesi boleh diteruskan. Walau bagaimanapun, waktu tamat sesi akan kekal seperti yang dijadualkan, tanpa sebarang lanjutan masa bagi menggantikan kelewatan. Jika anda tidak menyertai Google Meet selepas tempoh menunggu 15 minit, psikologis anda akan meninggalkan sesi dan tempahan akan dikategorikan sebagai tidak hadir (no-show). Tiada pemulangan yuran atau sesi gantian akan diberikan bagi ketidakhadiran tersebut.

Buat masa ini, perkhidmatan yang dipaparkan ditawarkan dalam talian. Sesi terapi bersemuka sedang dirancang dan maklumat lanjut akan diumumkan apabila tersedia.

Anda Tak Perlu Hadapi Semuanya Sendirian.

Mulakan langkah pertama untuk mendapatkan sokongan psikologi profesional, mengikut keperluan dan kesediaan anda.