Pornografi dah jadi aktiviti utama anda dalam kehidupan seharian.

Bagi yang dah kahwin, hubungan intim sudah mula berasa tak memuaskan.

Sentiasa mahukan lebih daripada sebelumnya, tak pernah rasa 'puas'.

Hubungan sosial dah mula terganggu dan rasa jiwa tak kena, kerana tabiat ini.

Emosi mudah marah dan bercelaru, sehingga hati rasa tak tenteram.

Tak dapat berhenti, walaupun dah berusaha untuk berhenti.
Pendek kata, individu dewasa sekarang yang dah ketagih, adalah hasil daripada fasa “ingin tahun” sedang melanda di usia muda dahulu.
Setelah bertahun-tahun tabiat ini terbina, ia mula menjadi satu ketagihan, dan ‘keperluan’ kepada rutin harian sehingga kalau tak tengok, rasa tak tenang!
Industri yang menyediakan bahan pornografi ini bukan bodoh. Mereka tahu bagaimana untuk pastikan para ‘pengguna’ ini terus kekal tenggelam dengan bahan tersebut.
Kerana selagi individu ini terus ketagih, mereka akan terus untung.
Mereka bergantung kepada “3A” ini untuk pastikan pengguna mereka terus setia, iaitu:

Berseorangan dalam bilik, dan tiada wajah di sebalik skrin, menyebabkan lebih tinggi kecenderungan untuk seseorang itu terus tenggelam dengan tabiat ini.

Zaman semakin maju, semuanya di hujung jari sahaja. Mudah diakses bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi. Jadi, individu yang terlibat ini lebih mudah untuk 'relapse'.

Bukan saja kos rendah (malah percuma pun banyak), ia juga selari dengan perkembangan teknologi yang menambah kecanggihan bahan-bahan pornografi ini.
Tak cukup kemahuan daripada diri, sokongan sekeliling dan perubahan persekitaran juga sangat diperlukan.
Tanpa ilmu dan kefahaman yang betul, tabiat yang mahu diubah ini akan kembali ke keadaan sedia asal.
Malah lebih merisaukan, tabiat ini akan menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.
(kerana craving yang terkumpul ini boleh ‘terlepas’ dengan mendedak apabila ada trigger)
Anda ada dua pilihan sekarang:

Buat bacaan sendiri, praktis kemahiran bersendirian, dan usaha sehabis baik untuk bebaskan diri daripada tabiat ini. Mungkin menjadi, mungkin tidak. Sangat bergantung kepada kekuatan dalaman masing-masing. Kemungkinan untuk 'relapse' juga sangat tinggi.

Seperti memandu sendiri, kita boleh sampai ke destinasi. Tetapi dengan adanya GPS (Waze), lebih lancar perjalanan, tahu jalan mana dekat dan tiba lebih cepat. Begitulah peranan bantuan profesional terlatih oleh kaunselor atau psikologis klinikal bertauliah.
Tetapi, dengan ‘waiting list’ yang panjang di hospital kerajaan, kos di pusat psikologi swasta pula mahal, tak semua orang ada peluang dan kemampuan untuk dapat bantuan terapi ini.
Sebab itu, kita wujudkan pilihan ketiga di sini:
Bukan pengganti kepada terapi, tetapi anda tetap berpeluang untuk belajar daripada psikiatris dan psikologis dalam webinar yang berlangsung selama 3 malam ini!
Paling penting:
Setiap penyertaan dirahsiakan, tonton secara dalam talian dan tertutup!
Sebelum Tonton Video
Selepas Tonton Video

Mengupas ketagihan pornografi sebagai isu kawalan diri dan pembentukan tabiat moden melalui integrasi psikologi kontemporari dan perspektif Islamik.
Fokus diberikan kepada mengapa dorongan sukar dikawal walaupun dengan niat yang baik, serta kaitannya dengan tekanan hidup, keletihan emosi dan kekosongan makna. Ketagihan difahami sebagai interaksi nafsu, emosi dan tabiat, bukan sekadar isu moral atau iman.
Peserta akan diperkenalkan kepada pendekatan praktikal untuk membina semula disiplin diri melalui gabungan psikologi moden dan latihan kerohanian, dengan Ramadan sebagai medan latihan kawalan diri secara berperingkat.

Memahami ketagihan pornografi sebagai satu isu klinikal dan kesihatan mental yang semakin membimbangkan, melalui perspektif psikiatri.
Slot ini mengupas bagaimana ketagihan mempengaruhi fungsi otak, emosi, tingkah laku dan kawalan diri, berdasarkan pengalaman klinikal sebenar.
Peserta akan didedahkan kepada corak ketagihan yang kerap berlaku, sebab mengapa ia sukar dihentikan walaupun dengan niat yang kuat, serta kesannya terhadap kesejahteraan mental, hubungan dan kehidupan harian.

Perspektif rawatan terapi dalam membantu individu yang bergelut dengan ketagihan pornografi.
Sesi ini akan menerangkan bagaimana ketagihan sering berkait dengan penghindaran emosi, konflik dalaman, dan usaha mengawal dorongan secara keras yang akhirnya tidak berkesan.
Peserta akan dibimbing memahami bagaimana menerima pengalaman dalaman dengan lebih sedar, mengurus dorongan tanpa melawannya secara berlebihan, serta membina tindakan yang selari dengan nilai hidup dan makna peribadi.

Memiliki PhD dalam Psikologi Industri dan Organisasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Sarjana Psikologi Gunaan dari University of Surrey, United Kingdom. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang akademik dan industri, dengan kepakaran dalam psikologi organisasi, psikologi gunaan dan psikologi Islam. Dr. Alizi aktif berkongsi kepakaran dalam membina tempat kerja yang lebih sihat dan berdaya tahan (resilience).

Seorang Consultation Liaison Psychiatrist yang sedang berkhidmat di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Bidang kepakaran beliau adalah Psychotherapy (Spiritual Integrated Psychotherapy, ACT and DBT) dan HIV Psychiatry. Dr Rostam juga banyak berkongsi topik kesihatan mental di media sosial dan telah menerbitkan beberapa buah buku dalam usaha ini, seperti "Healing The Invisible Wound" dan sambungannya, "Bounce Back Better."

Psikologis klinikal yang aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Latihan klinikal beliau di pusat psikologi dan hospital kerajaan banyak berfokuskan isu kemurungan, kegelisahan dan trauma. Aiman mengutamakan konsep "Santai & Saintifik" dalam pendekatan mendidik dan mahu menjadi 'jambatan' menghubungkan masyarakat dengan topik kompleks ini. Antara buku penulisannya, "How Are You?", "Pendiam" dan "Mendewasa Dengan Luka".
Difahami. Webinar ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu tonton atau tidak.
Masukkan butiran anda. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX), DuitNow QR atau eWallet (Grab, Shopee, Touch N Go dll).
Link akses Zoom akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Masuk ke link Zoom yang diberi, belajar daripada panel setiap slot dan amalkan strategi yang dikongsikan.
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com

Kupasan yang santai tetapi saintifik, mudah difahami dan praktikal untuk anda kuasai teknik bebaskan diri daripada tabiat ini. Dengan tiga perspektif profesional yang berbeza (psikologis dan psikiatris), membantu anda fahami topik ini lebih mendalam.

Boleh tonton dengan 'pace' sendiri ketika Ramadan nanti, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.

Banyak input menarik dan mutiara berharga untuk dicatat ketika sesi nanti. Tetapi masa yang terhad, selalu tak sempat tulis semuanya. Nota catatan penuh (mengandungi setiap poin, penerangan dan soalan) akan diberi kepada semua peserta tiket Advance, untuk mudahkan proses ulang kaji.

Bukan nota, bukan eBuku, tetapi kertas kerja bersifat praktikal. Semua ini anda boleh muat turun dan cetak seberapa banyak yang anda mahu, asalkan untuk kegunaan peribadi. Antaranya:
- Penilaian ketagihan
- Checklist mingguan dan bulanan
- Roda kitaran 'craving' dan 'trigger'
- Objektif dan matlamat untuk bebas
- Buang tabiat lama dan bina tabiat baru
dan banyak lagi!

Penerangan santai, praktikal dan mudah faham untuk anda faham kesan luka emosi kepada alam dewasa, apabila membesar bersama keluarga yang sukar/toksik. Berdurasi 1 jam 30 minit, video ini disampaikan sendiri oleh psikologis klinikal yang berpengalaman merawat dewasa-dewasa yang terluka emosi ini.

Isi keseluruhan setiap slot akan dijadikan bentuk infografik yang mudah ditonton, dihadam dan dijadikan rujukan. Dengan durasi sekitar 6-9 minit per video, bonus ini dapat berikan anda perspektif penyampaian yang lebih fresh.

Semua poin penyampaian oleh setiap panel, akan dijadikan perbincangan antara dua hos secara santai dan dirakam (berdurasi 4-6 minit per slot). Sangat sesuai untuk anda yang sukakan style podcast sambil memandu, bersenam, memasak dll.

Kandungan webinar ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).