"Rasa diri serba tak cukup, emosi selalu bercelaru, sehingga jadi people-pleaser, dan kerap abaikan keperluan emosi sendiri?"

Mungkin anda pernah alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu, diabaikan dalam diam, dibandingkan dan 'ditekan', sehingga beri kesan kepada alam dewasa sekarang.

Webinar 2 malam bersama psikologis klinikal ini dapat bantu anda faham tentang kecederaan emosi sendiri, kenalpasti petanda sedang alaminya, dan kuasa strategi untuk mengurus emosi yang terluka itu, supaya dapat berdamai dengannya.

Pendaftaran Webinar "From Pain To Power" ini akan dibuka dalam masa:

Hari
Jam
Minit
Saat

Apa Maksud "Luka Emosi?"

Pernah tak rasa terkesan emosi dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?

Tekanan emosi dan stres itu normal untuk mana-mana manusia.

Tetapi apabila berlebihan dan berpanjangan pula, ini yang boleh beri kesan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga ke alam dewasa kita.

Tetapi, apa dimaksudkan dengan “luka emosi”?

Dalam konteks ini, luka emosi merujuk kepada kesan daripada tingkahlaku dan layanan orang sekeliling yang ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:

Penderaan Fizikal

Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.

Penderaan Emosi

Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian

Penderaan Verbal

Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain.

Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.

Kesan Mendewasa Dengan Luka Emosi

Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.

Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.

Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.

Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.

Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.

Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.

Ini antara kriteria individu yang alami kecederaan emosi sepanjang dia membesar sehingga ada kesan negatif perkembangan emosi diri.

Malah, walaupun anda sudah dewasa, beban emosi itu masih dibawa ke sekarang, kerana tak dapat bebas daripada perangkap itu.

"Berdamai dengan masa silam."

Tulis dan cakap, senang.

Tetapi nak buat, susah.

Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?

Panjang prosesnya. Tetapi, bukan mustahil.

Sebahagian daripada proses mencari elemen moving on ini adalah dengan mendapatkan closure.

'Singgah' sebentar ke zaman silam, melawat dan menghargai diri kita yang masih kanak-kanak dulu itu, lalu memaafkan mereka kerana terus membawa beban itu ke masa sekarang.

Webinar “From Pain To Power” ini bukan tujuan untuk menyalahkan keluarga kita, tetapi peluang untuk kuasai teknik yang praktikal dalam proses:

Sebelum Hadir Webinar

Selepas Hadir Webinar

Melalui Webinar Ini, Anda Akan Pelajari:

Malam #1 - AWARENESS

Jumaat, 11 Julai,
8.30 - 10.00 malam

Ramai yang membawa luka emosi sejak kecil tanpa disedari. Anda akan belajar mengenali luka emosi melalui kisah tiga watak berbeza yang mengalami kesan sama pada kehidupan dewasa mereka.

Kupasan daripada sudut biologi, psikologi, dan sosial, akan membantu anda mengenal pasti tanda-tandanya melalui cara anda mengurus emosi, pemikiran, dan hubungan.

Malam #2 - ACTION

Sabtu, 12 Julai,
8.30 - 10.00 malam

Pemulihan memerlukan langkah yang jelas dan praktikal. Anda akan didedahkan tiga pilihan strategi penyembuhan — sama ada meningkatkan kesedaran diri, menyertai kelas bimbingan, atau menjalani terapi secara peribadi.

Anda juga akan belajar cara mengurus emosi sukar dan bagaimana melawan suara negatif dalam diri, dengan merancang pelan penyembuhan. Ini untuk pastikan ada tindakan walaupun webinar dah berakhir.

Kelebihan 1 - Penyampaian Mudah Faham dan Santai

Perkongsian topik yang berat dengan pendekatan yang ringan. Tak terlalu akademik sehingga rasa 'out-of-touch', tetapi praktikal dan boleh terus aplikasi selepas webinar tamat.

Kelebihan 2 - Kupasan Yang Sahih dan Saintifik

Disampaikan oleh psikologis klinikal berdaftar, daripada perspektif pengalaman beliau mengendali psikoterapi bersama klien-klien dengan sejarah luka emosi.

Kelebihan 3 - Sesi Live Yang Profesional

Bukan sekadar 'share screen' dan bercakap tanpa henti, penceramah ini berpengalaman mengendali lebih 100 webinar secara interaktif dari studio yang profesional, visual & audio berkualiti tinggi, serta paparan 'whiteboard' canggih.

Berkenalan dengan Penyampai

Aiman sangat tertarik untuk memahami minda dan tingkah laku manusia. Dengan pengalaman bertahun dalam bidang advokasi dan kerja klinikal, beliau didorong oleh misi untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental di Malaysia.

Berdaftar sebagai ahli psikologi klinikal, beliau memberi tumpuan dalam merawat klien yang menghadapi kebimbangan, kemurungan, dan trauma. Beliau bekerja dengan golongan dewasa melalui pendekatan berasaskan bukti seperti Cognitive Behavioural Therapy, Dialectical Behaviour Therapy, dan Acceptance & Commitment Therapy.

Pengalaman profesional Aiman merangkumi latihan klinikal di pusat-pusat psikologi terkemuka dan hospital awam, di mana beliau mengasah kemahiran dalam penilaian psikologi dan psikoterapi.

Aiman juga telah menulis pelbagai buku psikologi untuk mendidik masyarakat dengan topik ini. Buku terbaru beliau, “Mendewasa Dengan Luka” yang memberi fokus kepada memahami dan berdamai dengan luka emosi zaman kanak-kanak, telah terjual lebih 1,000 unit dalam masa seminggu pelancaran.

Komen Peserta Sebelum Ini

"Tak mungkin berdiri dengan semangat seteguh hari ini."

"Belajar tentang resilience, coping mechanism dan emotional regulation."

Mereka semua sudah alami transformasi ini.

Daripada tak tahu, kepada lebih kenal luka emosi sendiri.

Sekarang, giliran anda pula untuk mulakan langkah pertama ini.

Masih berfikir-fikir nak daftar atau tak?

Difahami. Webinar ini bukan sesuai untuk semua orang.

Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.

Webinar ini SESUAI untuk:

Webinar ini BUKAN untuk:

Bagaimana nak daftar webinar ini?

1. Klik Daftar di butang bawah.

Masukkan butiran anda. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk akses nanti.

2. Buat pembayaran

Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.

3. Semak emel anda

Link Zoom akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.

4. Hadir ketika hari webinar

Klik pautan yang diberi dalam emel. Pastikan login guna emel yang sama ketika pendaftaran.

Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com

Yuran Pendaftaran

Setiap pendaftaran sudah termasuk:

Webinar Live 2 malam, disampaikan oleh psikologis klinikal berdaftar

Perkongsian topik yang berat dengan gaya santai dan mudah faham, untuk bantu anda kenal luka emosi sendiri dan belajar teknik praktikal untuk memulakan langkah penyembuhan diri/berdamai dengannya.

(Bernilai RM 97)

Akses rakaman webinar selama 7 hari

Boleh tonton dengan 'pace' sendiri, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.

(Bernilai RM 125)

Akses "Komuniti Sembuh Bersama", ruang sokongan dalam talian

Platform bersama dewasa lain yang pernah alami luka emosi untuk bertukar cerita, bertanya pendapat, atau sekadar mahukan sokongan emosi oleh individu lain yang memahami. Platform tertutup dan eksklusif ini diselia oleh psikologis klinikal untuk pastikan keselamatan setiap ahli. Akses seumur hidup!

(bernilai RM 127)

Harga Asal

RM 349

Tawaran Di Sini Sahaja:

🔥 RM 47 🔥

Mulakan perjalanan untuk berdamai dengan luka zaman silam kanak-kanak anda sekarang!

Penafian Penting:

Kandungan video ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).

© Hak Cipta Terpelihara oleh Akademi Kesihatan Mental 2025