Pornografi dah jadi aktiviti utama anda dalam kehidupan seharian.
Bagi yang dah kahwin, hubungan intim sudah mula berasa tak memuaskan.
Sentiasa mahukan lebih daripada sebelumnya, tak pernah rasa 'puas'.
Hubungan sosial dah mula terganggu dan rasa jiwa tak kena, kerana tabiat ini.
Emosi mudah marah dan bercelaru, sehingga hati rasa tak tenteram.
Tak dapat berhenti, walaupun dah berusaha untuk berhenti.
Pendek kata, individu dewasa sekarang yang dah ketagih, adalah hasil daripada fasa “ingin tahun” sedang melanda di usia muda dahulu.
Setelah bertahun-tahun tabiat ini terbina, ia mula menjadi satu ketagihan, dan ‘keperluan’ kepada rutin harian sehingga kalau tak tengok, rasa tak tenang!
Industri yang menyediakan bahan pornografi ini bukan bodoh. Mereka tahu bagaimana untuk pastikan para ‘pengguna’ ini terus kekal tenggelam dengan bahan tersebut.
Kerana selagi individu ini terus ketagih, mereka akan terus untung.
Mereka bergantung kepada “Triple A” untuk pastikan pengguna mereka terus setia, iaitu:
Berseorangan dalam bilik, dan tiada wajah di sebalik skrin, menyebabkan lebih tinggi kecenderungan untuk seseorang itu terus tenggelam dengan tabiat ini.
Zaman semakin maju, semuanya di hujung jari sahaja. Mudah diakses bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi. Jadi, individu yang terlibat ini lebih mudah untuk 'relapse'.
Bukan saja kos rendah (malah percuma pun banyak), ia juga selari dengan perkembangan teknologi yang menambah kecanggihan bahan-bahan pornografi ini.
Tak cukup kemahuan daripada diri, sokongan sekeliling dan perubahan persekitaran juga sangat diperlukan.
Tanpa ilmu dan kefahaman yang betul, tabiat yang mahu diubah ini akan kembali ke keadaan sedia asal.
Malah lebih merisaukan, tabiat ini akan menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.
(kerana craving yang terkumpul ini boleh ‘terlepas’ dengan mendedak apabila ada trigger)
Anda ada dua pilihan sekarang:
Buat bacaan sendiri, praktis kemahiran bersendirian, dan usaha sehabis baik untuk bebaskan diri daripada tabiat ini. Mungkin menjadi, mungkin tidak. Sangat bergantung kepada kekuatan dalaman masing-masing. Kemungkinan untuk 'relapse' juga sangat tinggi.
Seperti memandu sendiri, kita boleh sampai ke destinasi. Tetapi dengan adanya GPS (Waze), lebih lancar perjalanan, tahu jalan mana dekat dan tiba lebih cepat. Begitulah peranan bantuan profesional terlatih oleh kaunselor atau psikologis klinikal bertauliah.
Tetapi, dengan ‘waiting list’ yang panjang di hospital kerajaan, kos di pusat psikologi swasta pula mahal, tak semua orang ada peluang dan kemampuan untuk dapat bantuan terapi ini.
Sebab itu, kita wujudkan pilihan ketiga di sini:
Bukan pengganti kepada terapi, tetapi anda tetap berpeluang untuk belajar daripada kaunselor dan psikologis klinikal bertauliah dalam video rakaman ini, berdurasi hampir 4 jam!
Paling penting:
Setiap penyertaan dirahsiakan, tonton secara dalam talian dan tertutup!
Sebelum Tonton Video
Selepas Tonton Video
Pengenalan tentang ketagihan pornografi sebagai isu semasa di negara kita. Kupasan yang mendalam dan berstrategi untuk mengatasi ketagihan ini, melalui contoh kajian-kajian kes klien sebelum ini.
Puan Amirah juga akan dedahkan contoh rawatan dan teknik yang efektif untuk berhadapan tabiat ini, melalui perspektif biologi, psikologi, sosial dan spiritual.
Beliau ialah kaunselor berdaftar yang kini bertugas di Psychology Services Unit, Universiti Islam Antarabangsa. Selain tugas hakiki mengendalikan klien di sana, beliau juga banyak menyampaikan seminar kesihatan mental dan kerap keluar di radio dan kaca televisyen. Kini, giat berkongsi ilmu kesihatan mental di Instagram dan Tiktok dengan nama pena @MiraHaz.Kaunselor
Fahami kesan mudarat ketagihan ini kepada psikologi diri, hubungan dengan orang sekeliling dan 'ketenteraman' jiwa sebagai manusia. Kemudian, fokus kepada proses pemulihan yang memerlukan langkah jelas dan praktikal.
En Aiman akan kongsikan framework Triple A yang wujud sebagai bantuan proses pembebasan diri daripada ketagihan ini. Senang faham dan boleh terus praktis sepanjang Ramadan ini.
Beliau ialah psikologis klinikal berdaftar (MAHPC(CP)-0510) yang aktif berkongsi ilmu kesihatan mental di media sosial dan melalui Akademi Kesihatan Mental sebagai platform pendidikan kesihatan yang santai dan saintfik. Kini bertugas di Pusat Psikologi Minda Inklusif dan kerap mengendalikan kes rawatan yang melibatkan kemurungan, kegelisahan dan trauma dewasa.
Difahami. Video ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu tonton atau tidak.
Masukkan butiran anda. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX), DuitNow QR atau eWallet (Grab, Shopee, Touch N Go dll).
Link akses video akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Akses seumur hidup, anda bebas untuk tonton, dan ulangkaji semula bila-bila masa yang anda mahukan.
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com
Kupasan yang santai tetapi saintifik, mudah difahami dan praktikal untuk anda kuasai teknik bebaskan diri daripada tabiat ini. Dengan dua perspektif profesional yang berbeza (kaunselor dan psikologis klinikal), membantu anda fahami topik ini lebih mendalam.
(bernilai RM 247)
Banyak input menarik dan mutiara berharga untuk dicatat dalam video sesi. Nota catatan penuh (mengandungi setiap poin, penerangan dan soalan) akan diberi kepada anda, untuk mudahkan proses ulang kaji.
(bernilai RM97)
Bukan nota, bukan eBuku, tetapi kertas kerja bersifat praktikal. Semua ini anda boleh muat turun dan cetak seberapa banyak yang anda mahu, asalkan untuk kegunaan peribadi. Antaranya:
- Penilaian ketagihan
- Checklist mingguan dan bulanan
- Roda kitaran 'craving' dan 'trigger'
- Objektif dan matlamat untuk bebas
- Buang tabiat lama dan bina tabiat baru
dan banyak lagi!
(bernilai RM127)
Nilai Keseluruhan:
RM 417
👇🏼 TAWARAN ISTIMEWA UNTUK ANDA 👇🏼
RM 127
Kandungan webinar ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).