Mungkin anda pernah alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu, diabaikan dalam diam, dibandingkan dan ‘ditekan’, sehingga beri kesan kepada alam dewasa sekarang.
Sesi webinar untuk bantu anda faham kecederaan emosi sendiri, kenalpasti petanda sedang alaminya, dan kuasai strategi untuk mengurus emosi yang terluka itu, supaya dapat berdamai dengannya.
⭐⭐⭐⭐⭐
Dipercayai lebih 350,000 rakyat Malaysia yang mengikuti kandungan Aiman Psikologi.
Rasa terkesan emosi dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?
Tekanan emosi dan stres itu normal untuk mana-mana manusia.
Tetapi apabila berlebihan dan berpanjangan pula, ini yang boleh beri kesan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga ke alam dewasa kita.
Tetapi, apa dimaksudkan dengan “luka emosi”?
Dalam konteks ini, luka emosi merujuk kepada kesan daripada tingkahlaku dan layanan orang sekeliling yang ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:
Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.
Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian.
Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain
Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri,
pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.
Tetapi anda tak tahu nak mula dari mana, dan apa cara yang boleh dibuat.
Cepat marah, terlebih sensitif dengan benda kecil, tetapi tak pasti kenapa. Pattern begitu macam automatik berlaku.
Terlalu fikir perasaan orang lain dan susah nak dengar keperluan diri sendiri. Sanggup jadi “Yes-Man”, sampai diri sendiri terkorban.
Dah tonton dan baca banyak content healing, tetapi masih rasa serabut, keliru macam mana nak selesaikan.
Anda nak berubah, tetapi macam ada sesuatu dalam diri sejak kanak-kanak dulu, yang sentiasa tarik diri kembali kepada pattern lama.
Mungkin masalahnya bukan anda tak cukup usaha.
Anda dah cuba cari jawapan di mana-mana.
Anda dah baca artikel blog, tonton video di internet, dengar Podcast, tetapi tanpa framework, semua jawapan yang dijumpai itu cuma tambah noise, bukan buatkan anda jumpa solusi.
Framework yang jelas penting untuk faham apa yang sebenarnya berlaku di zaman kanak-kanak dulu, dan bagaimana ia tinggalkan kesan kepada cara anda mendewasa sekarang.
Anda tak perlukan lebih banyak informasi. Anda cuma perlukan direction.
Istilah ini kerap digunakan sebagai cara untuk berhadapan dengan luka emosi kita dulu.
Tetapi, apa yang dimaksudkan “berdamai” itu?
Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?
Prosesnya panjang dan sukar, tetapi ia tak mustahil.
Sebahagian daripada proses untuk ‘move on’ adalah dengan dapatkan ‘closure’.
‘Singgah’ sebentar ke zaman silam, melawat dan menghargai diri kita yang masih kanak-kanak dulu itu, lalu memaafkan mereka kerana terus membawa beban itu ke masa sekarang.
Ini yang kita akan bincangkan lebih lanjut dalam webinar From Pain To Power ini.
Ia bukan jalan pintas, tetapi langkah pertama anda untuk bantu fahami diri dengan lebih jelas dan tersusun.
Dengar apa yang sebenarnya berlaku sebelum reaksi muncul, fahami dari mana asal-usul luka itu dan bagaimana ia bagi kesan pada hidup dewasa sekarang.
Perhatikan signal daripada badan dan emosi dalaman anda. Apa pemikiran yang muncul? Bagaimana perasaan anda? Sedar sebarang sensasi pada tubuh badan?
Berikan ruang pada luka emosi untuk hadir, tanpa anda perlu nafikan atau tekan (suppress) reaksi itu. Ia wujud, bukan dibuat-buat dan bukan kerana anda terlebih sensitif.
Luahkan apa perubahan yang anda rasa (jika ada). Insight baru atau kesedaran kepada sesuatu yang selama ini tak perasan? Pilih langkah seterusnya yang lebih jelas dan selamat.
Penafian Penting:
L.O.V.E. ini ialah kerangka untuk memahami luka emosi sendiri dengan lebih mudah dan praktikal,
bukan sebagai diagnosis atau pengganti terapi anda.

8.30 - 10.00 pm | 18 September
Anda akan mula nampak kaitan antara trigger, reaction dan story yang berlaku, yang berpunca daripada pengalaman pahit zaman kanak-kanak dulu.
Kita akan sentuh pengalaman seperti cepat marah, mudah overwhelmed, people-pleasing, emosi burnout, overthinking, rasa diri tak cukup, dan banyak lagi!

8.30 - 10.00 pm | 19 September
Anda akan diperkenalkan kepada 4 langkah praktikal, iaitu Listen, Observe, Validate dan Express.
Matlamatnya bukan untuk selesaikan semua perkara dalam dua malam. Tetapi supaya anda dapat pulang dengan satu corak yang lebih jelas, dan satu langkah seterusnya yang lebih sesuai.
Anda mungkin tak dapat semua jawapan, tetapi anda tak perlu terus rasa sesat dan keliru seorang diri.
Ini soalan yang sangat valid.
Faham diri tak serta-merta akan ubah orang lain. Ia juga tak menjadikan persekitaran yang susah tiba-tiba jadi mudah.
Tetapi bila anda mula faham corak dan respons diri sendiri, anda akan ada lebih banyak ruang untuk memilih:
Anda mungkin tak boleh kawal atau hentikan semua trigger.
Tapi anda boleh mula membina peta untuk navigate diri apabila trigger itu datang.
Dengan nama sebenar Aiman Amri, saya berpengalaman membantu klien-klien dewasa memahami trauma kanak-kanak, mengurus emosi dan membina kehidupan yang lebih bermakna melalui pendekatan terapi psikologi yang berasaskan bukti.
Klien dewasa pernah dibantu berkaitan isu emosi
Pengikut dan pembaca konten di media sosial
Buku diterbitkan berkaitan psikologi
Saya tak bina L.O.V.E. ini untuk gantikan proses rawatan terapi.
Saya bina ia kerana saya faham betapa susahnya nak mulakan perjalanan sembuh waktu awal-awal dulu,
Apabila saya mula sedar ada sesuatu dalam diri yang perlu diberi perhatian,
Tetapi tak tahu apa bahasa, arah perjalanan dan langkah yang perlu diambil.
L.O.V.E. ialah starting point yang diperlukan itu.
Bukan untuk memberi label pada hidup anda.
Tetapi untuk bantu anda nampak corak luka emosi diri dengan lebih jelas.
Difahami. Webinar ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.
Setiap pendaftaran sudah termasuk:
Perkongsian topik yang berat dengan gaya santai dan mudah faham, untuk bantu anda kenal luka emosi sendiri dan belajar teknik praktikal untuk memulakan langkah penyembuhan diri/berdamai dengannya.
Peluang untuk anda bertanya apa saja ketika sesi live nanti. Penceramah juga seorang psikologis klinikal yang berpengalaman berhadapan kes dewasa dengan luka emosi sejak kanak-kanak.
Boleh tonton semula dengan ‘pace’ sendiri, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.
Semua ini kami berikan dengan yuran serendah:
RM 349
Tawaran Di Sini Sahaja:
Hadir webinar ini dan fahami bagaimana pengalaman masa lalu anda masih mempengaruhi kehidupan hari ini.