Webinar 3 malam bersama tiga profesional bertauliah ini dapat bantu anda faham tentang kecederaan emosi sendiri, kenalpasti petanda sedang alaminya, dan kuasa strategi untuk mengurus emosi yang terluka itu, supaya dapat berdamai dengannya.
Pernah tak rasa terkesan emosi dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?
Tekanan emosi dan stres itu normal untuk mana-mana manusia.
Tetapi apabila berlebihan dan berpanjangan pula, ini yang boleh beri kesan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga ke alam dewasa kita.
Tetapi, apa dimaksudkan dengan “luka emosi”?
Dalam konteks ini, luka emosi merujuk kepada kesan daripada tingkahlaku dan layanan orang sekeliling yang ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:

Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.

Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian

Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain.
Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.

Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.

Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.

Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.

Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.

Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.

Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.
Istilah ini kerap digunakan sebagai cara untuk berhadapan dengan luka emosi kita dulu.
Tetapi, apa yang dimaksudkan “berdamai” itu?
Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?
Prosesnya panjang dan sukar, tetapi ia tak mustahil.
Sebahagian daripada proses untuk ‘move on’ adalah dengan dapatkan ‘closure’
Sebelum Hadir Konvensyen
Selepas Hadir Konvensyen

Trauma bukan sekadar kisah lama, tetapi ia terakam dalam otak dan tubuh kita sehingga dewasa.
Sesi ini akan membawa anda menyelami sains di sebalik trauma kanak-kanak, menjelaskan bagaimana perubahan pada otak mempengaruhi emosi, hubungan, dan kesihatan mental dewasa.
Ketahui bagaimana pemahaman ini menjadi langkah pertama dalam proses penyembuhan yang sebenar.

Kita tidak meninggalkan zaman kanak-kanak di rumah, tetapi bawanya bersama ke tempat kerja.
Dalam sesi ini, anda akan belajar mengenal pasti jejak trauma yang membentuk cara kita bekerja hari ini, dan bagaimana organisasi boleh menjadi ruang penyembuhan, bukan pengulangan luka lama.
Inilah langkah pertama ke arah budaya kerja yang lebih matang, selamat dan penuh empati.

Penyembuhan tak sepatutnya berlaku keseorangan. Kita dilukai dalam hubungan, dan kita juga akan sembuh melalui hubungan.
Dalam slot ini, anda akan sedar bagaimana komuniti yang pernah berkongsi luka yang sama, mampu menjadi ruang yang selamat untuk kita pulih bersama.
Berkongsi kisah dan pengalaman serta merasa “difahami” mampu buatkan rasa bersendirian menjadi rasa ditemani.

Seorang Consultation Liaison Psychiatrist yang sedang berkhidmat di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Bidang kepakaran beliau adalah Psychotherapy (Spiritual Integrated Psychotherapy, ACT and DBT) dan HIV Psychiatry. Dr Rostam juga banyak berkongsi topik kesihatan mental di media sosial dan telah menerbitkan beberapa buah buku dalam usaha ini, seperti "Healing The Invisible Wound" dan sambungannya, "Bounce Back Better."

Memiliki PhD dalam Psikologi Industri dan Organisasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Sarjana Psikologi Gunaan dari University of Surrey, United Kingdom. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang akademik dan industri, dengan kepakaran dalam psikologi organisasi, psikologi gunaan dan psikologi Islam. Dr. Alizi aktif berkongsi kepakaran dalam membina tempat kerja yang lebih sihat dan berdaya tahan (resilience).

Psikologis klinikal yang aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Latihan klinikal beliau di pusat psikologi dan hospital kerajaan banyak berfokuskan isu kemurungan, kegelisahan dan trauma. Aiman mengutamakan konsep "Santai & Saintifik" dalam pendekatan mendidik dan mahu menjadi 'jambatan' menghubungkan masyarakat dengan topik kompleks ini. Antara buku penulisannya, "How Are You?", "Pendiam" dan "Mendewasa Dengan Luka".


Mereka semua sudah alami transformasi ini.
Daripada tak tahu, kepada lebih kenal luka emosi sendiri.
Sekarang, giliran anda pula untuk mulakan langkah pertama ini.
Difahami. Konvensyen Kesihatan Mental ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.
Masukkan butiran anda di halaman seterusnya. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk dapat akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.
Segala butiran akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada dalam 'Inbox', boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Bersedia dengan pen dan buku nota untuk mencatat sebab akan belajar banyak perkara! Nota catatan juga diberi untuk bantu kefahaman anda.
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com

Perkongsian topik yang berat dengan gaya santai dan mudah faham, untuk bantu anda kenal luka emosi sendiri dan belajar teknik praktikal untuk memulakan langkah penyembuhan diri/berdamai dengannya.
(Bernilai RM 97)

Boleh tonton dengan 'pace' sendiri, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.
(Bernilai RM 125)

Platform bersama dewasa lain yang pernah alami luka emosi untuk bertukar cerita, bertanya pendapat, atau sekadar mahukan sokongan emosi oleh individu lain yang memahami. Platform tertutup dan eksklusif ini diselia oleh psikologis klinikal untuk pastikan keselamatan setiap ahli. Akses seumur hidup!
(bernilai RM 127)
(oleh pengamal bertauliah dalam industri kesihatan mental)
(Penjelasan yang relevan, senang faham & boleh amal)
(Daripada perspektif penyembuhan berbeza)
(Dari mana-mana lokasi anda selesa dan rasa selamat)
Semua Ini Kami Berikan Dengan Yuran Serendah:
RM 349
Tawaran Di Sini Sahaja:
Kandungan video ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).