Konvensyen Kesihatan Mental

"Sembuh Bersama"

Pecahkan Kitaran Kecederaan Emosi dan Trauma Bergenerasi Kita,

Kupasan 3 Sesi Eksklusif Bersama Perunding Psikiatri, Psikologis Klinikal dan Kaunselor Bertauliah

Pernahkah anda rasa terbeban dengan luka emosi dari masa lalu?

Terperangkap dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?

Dibesarkan dengan dibandingkan, ditengking, dipukul dan lain-lain persekitaran yang meninggalkan luka emosi yang dalam kepada diri kita sekarang.

Antara persekitaran yang memberi kecederaan emosi dan psikologi kepada kita:

Penderaan Fizikal

Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.

Penderaan Emosi

Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian

Penderaan Verbal

Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain.

Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.

Kesan Membesar Dengan Luka Emosi Yang Tak Dirawat

Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.

Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.

Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.

Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.

Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.

Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.

Ini antara kriteria individu yang alami kecederaan emosi sepanjang dia membesar sehingga beri kesan negatif kepada alam dewasa.

Tetapi, bukanlah bermaksud anda alami trauma, lebih kepada isu emosi tak membesar dengan sihat dan matang, kerana ada luka itu.

"Berdamai dengan masa silam."

Istilah ini kerap digunakan sebagai cara untuk berhadapan dengan luka emosi kita dulu.

Tetapi, apa yang dimaksudkan “berdamai” itu?

Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?

Prosesnya panjang dan sukar, tetapi ia tak mustahil.

Sebahagian daripada proses untuk ‘move on’ adalah dengan dapatkan ‘closure’

'Singgah' sebentar ke zaman silam, melawat dan menghargai diri kita yang masih kanak-kanak dulu itu, lalu memaafkan mereka kerana terus membawa beban itu ke masa sekarang.

Topik ini akan dibincangkan lebih terperinci dalam Konvensyen Kesihatan Mental ini.

Tahun ini dengan tema "Sembuh Bersama", dianjurkan dengan objektif:

Sebelum Tonton Video

Selepas Hadam & Praktis

Melalui Konvensyen Ini, Anda Akan Pelajari:

Slot 1 - Membaiki Sistem Kekeluargaan Sebagai Individu Dewasa

Keluarga ialah aset penting dalam sistem sokongan sosial kita sebagai dewasa, selain kawan-kawan dan rakan sekerja. Memaafkan mereka, untuk memaafkan diri kita sendiri supaya dapat 'bergerak' ke masa depan dengan tenang dan sihat.

Dalam slot ini, Dr Rostam berkongsi perspektif terapi interpersonal dan bagaimana ia menjadi penyumbang kepada perjalanan penyembuhan kita.

Slot 2 - Bantuan Kecemasan Psikologi Kepada Luka Emosi Sendiri

Saat seseorang terluka jarinya, kita semua tahu cara mengendali, iaitu cuci luka, letak antiseptik dan tampal pembalut, untuk elakkan jangkitan. Jika melarat, bawa ke pihak perubatan. Tetapi, bagaimana pula dengan luka emosi?

Dalam slot ini, Dr Pau Kee berkongsi teknik mengendali simptom emosi bercelaru, pemikiran overthinking dan konsep self-love sebagai prinsip penyembuhan.

Slot 3 - "Broken People Heals Broken People", Peranan Komuniti Yang Memahami

Hanya yang mengalami akan mampu untuk memahami. Dalam perjalanan penyembuhan kita, kadangkala ditakdirkan kita berkawan atau berpasangan dengan seseorang yang berkongsi kisah yang hampir sama. Adakah ini baik atau tidak?

Dalam slot ini, Aiman Amri berkongsi peranan sistem kawan dan komuniti yang alami luka emosi sama, dalam proses saling menyembuhkan antara satu sama lain.

Berkenalan Dengan Penyampai

Slot 1 - "Membaiki Sistem Kekeluargaan Sebagai Dewasa"

Seorang Consultation Liaison Psychiatrist yang sedang berkhidmat di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Bidang kepakaran beliau adalah Psychotherapy (Spiritual Integrated Psychotherapy, ACT and DBT) dan HIV Psychiatry. Dr Rostam juga banyak berkongsi topik kesihatan mental di media sosial dan telah menerbitkan beberapa buah buku dalam usaha ini.

Slot 2 - "Bantuan Kecemasan Kepada Luka Emosi Sendiri"

Mempunyai PhD dalam Kaunseling, pengkhususan dalam Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal daripada Old Dominion University, Norfolk, Virgina, United States. Beliau menerima latihan dan mempraktis Mental Health First Aid dan Psychological First Aid di United States tahun 2012-2015. Dr Pau Kee kini berkhidmat sebagai pensyarah dan kaunselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slot 3 - "Broken People Heals Broken People"

Psikologis klinikal yang aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Latihan klinikal beliau di pusat psikologi dan hospital kerajaan banyak berfokuskan isu kemurungan, kegelisahan dan trauma. Aiman mengutamakan konsep "Santai & Saintifik" dalam pendekatannya mendidik masyarakat. Prinsipnya, mahu menjadi 'jambatan' menghubungkan masyarakat dengan topik kompleks ini.

Masih berfikir-fikir nak daftar atau tak?

Difahami. Konvensyen Kesihatan Mental ini bukan sesuai untuk semua orang.

Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.

Video Konvensyen ini SESUAI untuk:

Video Konvensyen ini BUKAN untuk:

Bagaimana nak tonton video konvensyen ini?

1. Klik Daftar di butang bawah.

Masukkan butiran anda di halaman seterusnya. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk dapat akses nanti.

2. Buat pembayaran

Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.

3. Semak emel anda

Segala butiran akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada dalam 'Inbox', boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.

4. Tonton, Hadam dan Praktis

Bersedia dengan pen dan buku nota untuk mencatat sebab akan belajar banyak perkara! Nota catatan juga diberi untuk bantu kefahaman anda.

Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com

Yuran Pendaftaran

Kupasan santai & saintifik

(oleh pakar bertauliah dalam industri kesihatan mental)

Perkongsian tip dan kemahiran praktikal

(Penjelasan yang relevan, senang faham & boleh amal)

Tiga slot ekslusif bersama kepakaran berbeza

(Daripada perspektif penyembuhan berbeza)

Tonton secara dalam talian

(Dari mana-mana lokasi anda selesa - tonton ikut masa sendiri)

Bahan untuk pembelajaran

(Merangkumi kertas kerja, latihan dan nota catatan untuk bantu pembelajaran lebih efektif)

Harga Asal

RM 297

Semua Ini Kami Berikan Dengan Yuran Serendah:

🔥 RM 127 🔥

Belajar untuk berdamai dengan luka zaman silam kanak-kanak anda sekarang!

Penafian Penting:

Kandungan video ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).

© Hak Cipta Terpelihara oleh Akademi Kesihatan Mental 2024