Terperangkap dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?
Dibesarkan dengan dibandingkan, ditengking, dipukul dan lain-lain persekitaran yang meninggalkan luka emosi yang dalam kepada diri kita sekarang.
Antara persekitaran yang memberi kecederaan emosi dan psikologi kepada kita:
Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.
Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian
Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain.
Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.
Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.
Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.
Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.
Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.
Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.
Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.
Istilah ini kerap digunakan sebagai cara untuk berhadapan dengan luka emosi kita dulu.
Tetapi, apa yang dimaksudkan “berdamai” itu?
Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?
Prosesnya panjang dan sukar, tetapi ia tak mustahil.
Sebahagian daripada proses untuk ‘move on’ adalah dengan dapatkan ‘closure’
Sebelum Sertai Konvensyen
Selepas Sertai Konvensyen
13 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Keluarga ialah aset penting dalam sistem sokongan sosial kita sebagai dewasa, selain kawan-kawan dan rakan sekerja. Memaafkan mereka, untuk memaafkan diri kita sendiri supaya dapat 'bergerak' ke masa depan dengan tenang dan sihat.
Dalam slot ini, Dr Rostam akan berkongsi perspektif terapi interpersonal dan bagaimana ia menjadi penyumbang kepada perjalanan penyembuhan kita.
14 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Saat seseorang terluka jarinya, kita semua tahu cara mengendali, iaitu cuci luka, letak antiseptik dan tampal pembalut, untuk elakkan jangkitan. Jika melarat, bawa ke pihak perubatan. Tetapi, bagaimana pula dengan luka emosi?
Dalam slot ini, Dr Pau Kee akan berkongsi teknik mengendali simptom emosi bercelaru, pemikiran overthinking dan konsep self-love sebagai prinsip penyembuhan.
15 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Hanya yang mengalami akan mampu untuk memahami. Dalam perjalanan penyembuhan kita, kadangkala ditakdirkan kita berkawan atau berpasangan dengan seseorang yang berkongsi kisah yang hampir sama. Adakah ini baik atau tidak?
Dalam slot ini, Aiman Amri akan berkongsi peranan sistem kawan dan komuniti yang alami luka emosi sama, dalam proses saling menyembuhkan antara satu sama lain.
13 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Seorang Consultation Liaison Psychiatrist yang sedang berkhidmat di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Bidang kepakaran beliau adalah Psychotherapy (Spiritual Integrated Psychotherapy, ACT and DBT) dan HIV Psychiatry. Dr Rostam juga banyak berkongsi topik kesihatan mental di media sosial dan telah menerbitkan beberapa buah buku dalam usaha ini.
14 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Mempunyai PhD dalam Kaunseling, pengkhususan dalam Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal daripada Old Dominion University, Norfolk, Virgina, United States. Beliau menerima latihan dan mempraktis Mental Health First Aid dan Psychological First Aid di United States tahun 2012-2015. Dr Pau Kee kini berkhidmat sebagai pensyarah dan kaunselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
15 Disember, 8.30 - 10.00 malam
Psikologis klinikal yang aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Latihan klinikal beliau di pusat psikologi dan hospital kerajaan banyak berfokuskan isu kemurungan, kegelisahan dan trauma. Aiman mengutamakan konsep "Santai & Saintifik" dalam pendekatannya mendidik masyarakat. Prinsipnya, mahu menjadi 'jambatan' menghubungkan masyarakat dengan topik kompleks ini.
Difahami. Konvensyen Kesihatan Mental ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.
Masukkan butiran anda di halaman seterusnya. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk dapat akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.
Segala butiran dan akses Zoom akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada dalam 'Inbox', boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Klik pautan Zoom yang diberi dalam emel pada tarikh konvensyen nanti. Bersedia dengan pen dan buku nota untuk mencatat sebab akan belajar banyak perkara!
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com
(oleh pakar bertauliah dalam industri kesihatan mental)
(Penjelasan yang relevan, senang faham & boleh amal)
(terbahagi tiga slot daripada perspektif kepakaran berbeza)
(ldaripada mana-mana lokasi anda selesa - jimat kos pengangkutan)
Harga Asal
RM 69
Semua Ini Kami Berikan Dengan Yuran Serendah:
RM 19
Kandungan video ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).