"Growing Up With Difficult Family."

Belajar Cara Berhadapan Keluarga Yang Memenatkan Mental Sepanjang Kita Membesar Dulu,
Webinar Bersama Pakar Psikiatri.

Apa Maksud "difficult family?"

Pernah tak rasa terperangkap dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?

Membesar dalam persekitaran toksik sebegini, boleh tinggalkan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga kesan ke alam dewasa kita.

Tetapi, apa dimaksudkan dengan “difficult people”?

Dalam konteks ini, “difficult” atau “sukar” merujuk kepada tingkahlaku dan cara seseorang ahli keluarga yang kerap ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:

Penderaan Fizikal:
Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.

Penderaan Emosi:
Kritikan melampau dan berterusan, ‘gaslighting’ dan suka membandingkan keadaan.

Penderaan Verbal:
Mengutuk dan mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang sekeliling.

Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betap penat dan seksanya mental membesar dalam persekitaran begini.

Kesan Membesar Dengan Individu Yang 'Sukar'

Emosi susah dikawal, kerana membesar dengan individu yang tak sihat emosi

Penat perlu berhati-hati dengan individu tak stabil dan memenatkan mental kita

Hidup terasa terperangkap, ibarat tiada harapan untuk 'bebas' daripada individu toksik

Asyik kena banding-bandingkan sepanjang kanak-kanak dulu, sampai rasa rendah jati diri

Rasa marah yang terpendam dengan individu narsistik tetapi tak ada solusi / jalan keluar

Selalu 'trigger' dengan luka emosi zaman kanak-kanak dulu, walaupun dah dewasa

Ini antara kriteria seseorang yang membesar / hidup dengan individu yang 'sukar', sehingga ada kesan negatif perkembangan emosi diri.

Malah, walaupun anda sudah dewasa, beban emosi itu masih dibawa ke sekarang, kerana tak dapat bebas daripada perangkap itu.

"Bebas Daripada Cengkaman Mereka."

Terbeban dan terperangkap daripada hubungan bersama orang sebegini?

Anda tak keseorangan.

Fokus kepada sesuatu yang dalam kawalan anda (cara jaga diri, teknik bina batasan, teknik berkomunikasi), berbanding kepada sesuatu yang di luar kawalan anda (mengubah si dia).

Bebaskan diri daripada kitaran toksik dan kenal pasti diri anda yang sebenar.

Webinar “Growing Up With Difficult People” ini bukan tujuan untuk menyalahkan keluarga kita, tetapi peluang untuk kuasai teknik yang praktikal dalam proses:

Sebelum Hadir Webinar

Selepas Hadir Webinar

Berkenalan dengan Penyampai Webinar

Karier Dr Melissa dalam bidang psikiatri bermula pada tahun 2011 sebagai Pegawai Perubatan dan menyambung Master’s Degree in Psychiatry. Beliau juga dilatih secara profesional dalam Ultra-Brief Psychological Intervention dan Dialectical Behaviour Therapy (DBT).

Dr Melissa mempunyai minat yang mendalam berkaitan Kecelaruan Seksual Wanita dan Consultation Liason Psychiatry, sebuah cabang pengkhususan di bawah psikiatri yang berhadapan dengan gangguan mental berkaitan dengan isu medikal.

Di luar karier klinikalnya, beliau aktif memberi ceramah kesihatan mental dan berperanan sebagai naib setiausaha Malaysian Psychiatry Association.

Beliau juga dilantik sebagai ketua seksyen Dialectical Behaviour Therapy dalam Komiti Psikoterapi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ahli bersekutu Royal College of Psychiatrists.

Masih berfikir-fikir nak sertai atau tak?

Difahami. Webinar ini bukan sesuai untuk semua orang.

Anda sendiri buat keputusan sama ada perlu daftar atau tidak.

Webinar ini SESUAI untuk:

Webinar ini BUKAN untuk:

Bagaimana nak tonton webinar ini?

1. Klik Daftar di butang bawah.

Masukkan butiran anda di halaman seterusnya. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk dapat akses nanti.

2. Buat pembayaran

Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.

3. Semak emel anda

Pautan webinar akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.

4. Hadir dan Tonton

Masuk Zoom pada tarikh webinar nanti. Pastikan anda sudah install aplikasi Zoom dalam komputer atau telefon pintar.

Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com

Harga Tiket Webinar Ini

Kupasan santai & saintifik

(oleh pakar psikiatri bertauliah)

Perkongsian tip dan kemahiran praktikal

(tonton, terus faham & boleh amal)

Berdurasi 90 minit

(tonton secara dalam talian)

Akses rakaman diberikan

(selama 30 hari boleh ulang tonton)

Harga Asal

RM 39

Daftar sebelum 10 September 2024

🔥 RM 19 ðŸ”¥

Bebaskan diri daripada cengkaman individu sukar dalam hidup anda sekarang!

Penafian Penting:

Kandungan webinar ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).

© Hak Cipta Terpelihara oleh Akademi Kesihatan Mental 2024