Terima kasih atas pendaftaran!

Pengesahan dan butiran akses akan dihantar ke emel anda sebentar lagi.

Sementara itu, berminat untuk sertai komuniti tertutup dan eksklusif bersama individu lain yang juga mendewasa dengan luka emosi seperti anda?

Dipantau dan dipandu jalan penyembuhan bersama psikologis klinikal berdaftar.

(Pssttt... Kami berikan anda akses PERCUMA selama 30 hari!)

"Sembuh Daripada Luka Emosi Anda"

Dengan tema “Sembuh Bersama”, Akademi Kesihatan Mental ialah sebuah komuniti tertutup dan eksklusif bersama psikologis klinikal, untuk bantu anda bina memahami luka emosi zaman kanak-kanak dan bina strategi praktikal dalam proses perdamaian.

Supaya keadaan tak terus melarat, jika tiada teknik coping yang sihat untuk mengurus emosi sendiri.

100+

Ahli komuniti yang sama-sama mendewasa dengan luka seperti anda

50+

Jam keseluruhan durasi video kursus online untuk anda dapat akses semua!

18+

Jumlah kursus & webinar untuk ditonton dan dipelajari (akan bertambah)

1+

Sesi live setiap bulan selama setahun, melalui framework H.E.A.L., iaitu 4 langkah dalam membina kedamaian

Kelebihan Anda Menjadi Ahli

Komuniti diselia oleh psikologis klinikal

Belajar bersama ahli berkelayakan dalam industri kesihatan mental untuk pastikan anda dapat ilmu betul dan sahih. Setiap 3 bulan sekali ada jemputan istimewa daripada pakar berbeza (psikiatris, psikologis, kaunselor dan lain-lain yang berkaitan).

Teknik Praktikal Mengurus Emosi Diri

Anda akan belajar untuk memahami masa silam, kemahiran memproses perasaan sekarang dan belajar teknik mengendali emosi secara sihat. Dengan pendekatan kasual dan bersahaja untuk pastikan anda faham teori psikologi ini, selari dengan prinsip “Santai & Saintifik”.

Kelas live dan rakaman tanpa had

Hadir sesi dalam talian setiap 1-2 minggu melalui aplikasi Zoom dan dapat akses semua rakaman (episod lama dan baru). Tonton dan ulang kaji bila-bila anda mahu ikut rentak masa sendiri, asalkan ada internet yang stabil.

Berdiskusi dan saling bertukar semangat

Berhubung dengan ahli komuniti lain yang berkongsi luka emosi yang sama dan mampu memahami kisah anda. Berinteraksi dan berkongsi semangat, dalam sistem komuniti yang selamat dan tertutup.

Topik Perkongsian Tahun 2025
(Menggunakan Kerangka H.E.A.L.)

Adakah Keahlian Ini Untuk Anda?

Keahlian Akademi ini sesuai untuk anda jika:

Keahlian Akademi ini tak sesuai untuk anda jika:

"Aiman mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Psikologi. Kesungguhannya terserlah sejak pertama kali saya berjumpa dengannya - ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di United Kingdom. Aiman boleh dikatakan anak muda tempatan terawal yang berjaya membawa ilmu-ilmu psikologi yang kompleks kepada masyarakat dengan bahasa dan penyampaian yang mudah difahami. Aiman bijak menggunakan dunia siber, khususnya media sosial sebagai platform yang berkesan untuk advokasi isu psikologi dan kesihatan mental."
Akif Basri
Psikologis Klinikal

Apa Kata Mereka?

(nama ditutup untuk melindungi identiti peserta)

"Don't let your past, define your present and dictate your future."

Bertemakan “Sembuh Bersama”, Akademi Kesihatan Mental diwujudkan sebagai platform untuk komuniti yang alami luka emosi dalam diri ini agar dapat belajar kemahiran praktikal mengurus kesihatan mental sendiri daripada pihak bertauliah dan sokongan sesama ahli komuniti lain.

Berkenalan Dengan Pengasas

Akademi Kesihatan Mental diasaskan oleh Aiman Amri, atau lebih mesra dikenali sebagai “Aiman Psikologi”. Beliau  seorang psikologis klinikal yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Aiman banyak mendidik masyarakat dengan ilmu psikologi melalui ceramah/bengkel bersemuka dan dalam talian, serta melalui penulisan di media sosialnya yang kini mempunyai lebih 350,000 pengikut.

Psikologis Klinikal

Menjalani latihan klinikal di Thrive Well (pusat psikologi swasta pakar isu trauma), Hospital Kajang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Pendekatan dalam rawatan psikoterapi kerap bersama pesakit kemurungan, kegelisahan dan trauma.

Penceramah

Berpengalaman mengendalikan ceramah, bengkel dan webinar kepada lebih 200 institusi kerajaan, korporat dan pendidikan sejak 2017. Pendekatannya santai dan bersahaja, tetapi saintifik dan sentiasa merujuk teori-teori psikologi yang sahih.​

Penulis Buku

5 buku pelbagai topik psikologi seperti Autism, personaliti dan kesihatan mental. Buku terbarunya "Mendewasa Dengan Luka", berkisarkan isu memahami dan berdamai dengan luka emosi zaman silam, telah terjual lebih 1,000 unit pada minggu pertama pelancaran (Ogos 2023).

Sertai Akademi Kesihatan Mental Sekarang

Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Secara Praktikal

Dalam 30 hari tempoh percubaan ini, anda akan dapat:

Akses semua kursus online

Berjumlah 18 kursus dalam talian yang merangkumi topik kemurungan, kegelisahan, ketagihan, personaliti introvert dan banyak lagi! Durasi keseluruhan video melebihi 50 jam (dan akan terus bertambah).

(Bernilai RM 1,500 keseluruhan)

Kelas LIVE dan akses rakaman semua sesi

Dengan kekerapan 1 kelas sebulan, setiap ahli komuniti berpeluang untuk belajar topik luka emosi ini daripada individu yang bertauliah dalam industri kesihatan mental. Rakaman disediakan untuk ditonton semula.

(Bernilai RM 98 per kelas)

Platform komuniti untuk diskusi bersama ahli lain

Bayangkan seperti Facebook Group, tetapi bukan Facebook. Pihak Akademi menyediakan sistem eksklusif untuk semua ahli bersosial, bertukar cerita dan pendapat secara maya, serta saling menyokong. Buka di mana-mana peranti!

(Bernilai RM 180 sebulan)

Diskaun sesi terapi bersama panel pakar oleh Akademi

Pihak kami dijangka akan lancarkan servis rawatan terapi ini tak lama lagi. Semua ahli Akademi berpeluang untuk langgan servis ini dengan kadar yang lebih rendah berbanding yang bukan ahli.

(Bernilai RM280 per sesi)

Jumlah Nilai Yang Anda Dapat:

RM1,500 + RM98 + RM180

= RM 1,778 / bulan

Hanya RM69 sebulan

Tetapi, Semua Ini Anda Akan Dapat PERCUMA Selama 30 Hari!

(Yuran bulanan sebanyak RM69 hanya dicaj selepas tempoh percubaan tamat. Anda boleh tamatkan langganan bila-bila masa sahaja)

Soalan Lazim

Sebuah komuniti yang diasaskan oleh Aiman Amri (@AimanPsikologi), seorang psikologis klinikal sebagai platform untuk bantu individu yang alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu. Setiap keahlian akan mendapat akses pelbagai kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas secara Live setiap 1 bulan.

Anda juga akan dimasukkan ke sebuah sistem komuniti eksklusif untuk anda berinteraksi secara bebas dengan ahli lain, sebagai kumpulan sokongan, bertukar pendapat, perbincangan isu semasa dan sebagainya.

Terbuka kepada mana-mana individu yang ada alami luka emosi sehingga beri kesan ke alam dewasa sekarang. Jika anda memang ada diagnosis, ambil maklum bahawa perkongsian dalam Akademi ini bukan pengganti kepada rawatan klinikal anda (jika ada).

Selepas anda mendapat akses, semua video kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas terdahulu sedia untuk ditonton, mengikut rentak masa anda sendiri. Bagi kelas secara Live pula, akan diadakan secara dalam talian setiap bulan melalui aplikasi Zoom.

Setiap kelas yang dijalankan, akan dirakam dan anda boleh tonton semula jika terlepas, atau untuk ulangkaji semula. Tiada had untuk anda akses semua rakaman, termasuk kelas-kelas sebelum keahlian anda bermula.

Ya, anda perlu ada internet yang stabil dan peranti yang sesuai untuk akses semua semua kursus, webinar, rakaman kelas dan platform komuniti. Akademi Kesihatan Mental ini bersifat dalam talian sepenuhnya, jadi anda boleh sertai dari lokasi yang anda selesa.

Boleh. Anda boleh melanggan secara percuma selama 30 hari sebagai percubaan. Selama sebulan itu, anda bebas untuk menonton video, hadir kelas, berdiskusi dan sebagainya. Cukup sebulan, anda buat keputusan sama ada nak teruskan seperti biasa atau tukar ke pakej lain (boleh jimat sehingga 40%!).

Boleh, langganan keahlian anda boleh ditamatkan bila-bila masa anda mahu. Anda akan dapat akses penuh selagi mana tempoh langganan belum tamat. Contohnya, anda langgan untuk satu bulan dan tamatkan langganan pada hari ke-20. Jadi, anda tetap dapat akses berbaki lagi 10 hari.

Boleh, tiada masalah. Boleh terus ke bahagian tetapan akaun anda, dan ubah pakej langganan anda. Yuran pakej yang baru dpilih hanya akan dikira selepas pakej langganan lama tamat.

Tak perlu. Pembayaran akan dibuat secara automatik, berdasarkan pakej pilihan anda. Contohnya anda ambil pakej 3 bulan, maka apabila cukup 3 bulan, barulah pembayaran akan ditolak untuk 3 bulan seterusnya.

Hanya kad debit atau kredit saja yang diterima oleh kami, memandangkan perlunya kaedah pembayaran berkala mengikut pakej keahlian. Setiap pembayaran akan melalui sistem gerbang pembayaran yang selamat dan sahih, maka butiran kad anda kekal terjaga.

Pilih pakej langganan anda, sama ada 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun. Tempoh percubaan selama 30 hari juga disediakan. Selesaikan pembayaran dan anda akan terima emel untuk akses platform Akademi. Masuk dan lengkapkan profil anda di sana.