Ramai dewasa hari ini hidup dengan emosi yang bercelaru.
Luar nampak kuat, tetapi dalam hati, ada luka yang tak pernah sembuh. Kadang-kadang:
Semua ini bukan salah anda.
Mungkin anda membesar dalam suasana yang tak mengiktiraf emosi anda, sejak kecil dahulu.
Mungkin anda ada sejarah pernah luahkan, tetapi disalahkan dan akhirnya anda memilih untuk pendam rasa hati itu.
Anda mula sembunyikan apa yang dirasai sebab tak mahu menyusahkan sesiapa.
Dan kini, anda terperangkap dalam luka emosi yang tak sembuh-sembuh walaupun diri dah dewasa.
Tetapi, apa dimaksudkan dengan “luka emosi”?
Dalam konteks ini, luka emosi merujuk kepada kesan daripada tingkahlaku dan layanan orang sekeliling yang ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:
Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.
Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian
Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain.
Kalau anda pernah alami situasi sebegini sepanjang membesar, pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental dalam suasana begini, walaupun sekarang sudah dewasa.
Tulis dan cakap, senang.
Tetapi nak buat, susah.
Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?
Mungkin juga diri anda ketakutan dan belum bersedia untuk dapatkan bantuan profesional.
Panjang prosesnya. Tetapi, ia bukan mustahil.
Sebahagian daripada proses mencari elemen moving on ini adalah dengan mendapatkan closure.
Strategi untuk memulakan proses penyembuhan ini:
Keempat-empat langkah ini juga dinamakan formula H.E.A.L., mengikut abjad pertama setiap langkah tersebut.
Cara kenal, faham dan mula sembuhkan diri daripada luka emosi yang kita tak sedar melalui strategi H.E.A.L.
Ditulis oleh Aiman Amri (juga dikenali sebagai Aiman Psikologi di media sosial). Seorang psikologis klinikal bertauliah yang banyak berkongsi topik ini di media sosial, dan sering berhadapan merawat klien dengan sejarah luka emosi sepanjang mereka membesar.
Kandungan eBuku ini bukan sekadar bacaan teori, tetapi juga lengkap dengan langkah-langkah praktikal yang anda boleh buat sambil membaca, untuk mulakan proses penyembuhan luka emosi anda.
Memang ada orang berasa begini.
Pernah alami suasana membesar yang melukakan emosi mereka, diabaikan dalam diam, diherdik, dipukul dan lain-lain lagi pengalaman sukar sejak kecil. Tetapi apabila dah dewasa, diri mereka tetap okay, sihat dan tiada masalah emosi seperti diuar-uarkan.
Sebenarnya, ramai orang dalam keadaan denial begini.
Bukan sebab mereka tak nak atau malu mengaku, tak sedar dengan luka emosi sendiri.
Lebih menyedihkan, mereka rasa mereka okay, tetapi luka emosi yang dibawa itu kerap ‘mencederakan’ orang di sekeliling mereka tanpa disedari.
Selagi mana individu sebegini tak sedar dengan luka emosi sendiri, tahu kesan negatifnya kepada orang sekeliling, dan berusaha untuk sembuhkan diri, selagi itulah luka mereka akan terus dibawa sehingga ke hari tua.
Lebih menakutkan, akan mewariskan kepada anak-anak!
eBuku “Terabai Dalam Diam” ini menyediakan bacaan santai, tetapi masih saintifik dan berpegang kepada teori yang sahih dalam perjalanan penyembuhan luka emosi sendiri.
Kandungan yang merangkumi 4 strategi praktikal dengan formula H.E.A.L.:
'Melihat' semula kisah luka emosi berlaku waktu kecil yang mungkin selama ini anda simpan dalam diam. Ramai orang tak sedar kesannya masih terbawa ke hari ini. Bila kita mula huraikan dan faham apa yang pernah berlaku, barulah penyembuhan boleh bermula. Bab ini akan buka mata anda, dan mungkin buat anda rasa, “Patutlah aku selalu rasa macam ni…”
Masa untuk benar-benar rasa apa yang pernah dipendam sejak kecil. Ramai dah terbiasa “buat tak tahu” dengan emosi sendiri (takut, marah, sedih dll) sebab dulu tak pernah diajar cara nak urusnya. Bab ini ajar anda cara selamat untuk kenal, terima dan hadam semula emosi lama yang masih tersimpan. Ia mungkin tak selesa, tapi sangat melegakan. Langkah yang ramai orang terlepas.
Anda perlukan sesuatu untuk kuatkan semula diri, selepas dah gali semula kisah lama. Di sinilah fungsi afirmasi. Bab ini ajar anda cara bina ayat-ayat sokongan diri yang rahmah, khas untuk berhadapan suara hati negatif yang terbentuk sejak kecil. Bukan hanya “kata-kata manis,” tetapi latihan membina hubungan baru dengan diri sendiri. Supaya akhirnya ada suara yang menyayangi diri anda.
Fasa melepaskan beban yang tak lagi perlu dibawa, seperti rasa bersalah, marah, kecewa atau harapan yang tak tertunai. Bukan untuk melupakan, tetapi untuk bergerak ke hadapan dengan lebih ringan. Bab ini akan bimbing anda dengan latihan simbolik dan reflektif untuk buat anda rasa lega. Macam ada ruang baru dalam hati untuk hentikan kitaran luka emosi bergenerasi ini.
Sebelum Baca dan Amalkan eBuku Ini
Selepas Baca dan Amalkan eBuku Ini
Aiman sangat tertarik untuk memahami minda dan tingkah laku manusia. Dengan pengalaman bertahun dalam bidang advokasi dan kerja klinikal, beliau didorong oleh misi untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental di Malaysia.
Berdaftar sebagai ahli psikologi klinikal, beliau memberi tumpuan dalam merawat klien yang menghadapi kebimbangan, kemurungan, dan trauma. Beliau bekerja dengan golongan dewasa melalui pendekatan berasaskan bukti seperti Cognitive Behavioural Therapy, Dialectical Behaviour Therapy, dan Acceptance & Commitment Therapy.
Pengalaman profesional Aiman merangkumi latihan klinikal di pusat-pusat psikologi terkemuka dan hospital awam, di mana beliau mengasah kemahiran dalam penilaian psikologi dan psikoterapi.
Aiman juga telah menulis pelbagai buku psikologi untuk mendidik masyarakat dengan topik ini. Buku terbaru beliau, “Mendewasa Dengan Luka” yang memberi fokus kepada memahami dan berdamai dengan luka emosi zaman kanak-kanak, telah terjual lebih 1,000 unit dalam masa seminggu pelancaran.
Mereka semua sudah alami transformasi ini.
Daripada tak tahu, kepada lebih kenal luka emosi sendiri.
Sekarang, giliran anda pula untuk mulakan langkah pertama ini.
Difahami. eBuku ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu baca atau tidak.
Masukkan butiran anda. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.
Link eBuku akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Baca ikut masa dan rentak anda sendiri. Praktis guna teori dan teknik yang dikongsi dalam eBuku ini, supaya lebih praktikal.
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com
Menggunakan strategi H.E.A.L., penulisan eBuku ini dengan gaya santai tetapi masih saintifik, untuk anda kuasai topik yang kompleks ini dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua generasi. Susunan grafik dan font juga mesra untuk dibaca melalui gajet anda. Boleh baca ikut rentak dan masa sendiri.
(Bernilai RM 79)
Platform mengumpulkan dewasa-dewasa lain yang pernah alami luka emosi untuk bertukar cerita, bertanya pendapat, atau sekadar mahukan sokongan emosi oleh individu lain yang memahami. Platform tertutup dan eksklusif ini diselia oleh psikologis klinikal untuk pastikan keselamatan setiap ahli. Akses seumur hidup!
(bernilai RM 127)
Nilai Keseluruhan:
RM 206
Tawaran Di Sini Sahaja:
RM 19
Kandungan eBuku ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).