Pernah tak rasa terperangkap dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?
Membesar dalam persekitaran toksik sebegini, boleh tinggalkan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga kesan ke alam dewasa kita.
Tetapi, apa dimaksudkan dengan “difficult people”?
Dalam konteks ini, “difficult” atau “sukar” merujuk kepada tingkahlaku dan cara seseorang ahli keluarga yang kerap ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:
Penderaan Fizikal:
Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.
Penderaan Emosi:
Kritikan melampau dan berterusan, ‘gaslighting’ dan suka membandingkan keadaan.
Penderaan Verbal:
Mengutuk dan mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang sekeliling.
Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri, pasti anda faham sangat betap penat dan seksanya mental membesar dalam persekitaran begini.
Emosi susah dikawal, kerana membesar dengan individu yang tak sihat emosi
Penat perlu berhati-hati dengan individu tak stabil dan memenatkan mental kita
Hidup terasa terperangkap, ibarat tiada harapan untuk 'bebas' daripada individu toksik
Asyik kena banding-bandingkan sepanjang kanak-kanak dulu, sampai rasa rendah jati diri
Rasa marah yang terpendam dengan individu narsistik tetapi tak ada solusi / jalan keluar
Selalu 'trigger' dengan luka emosi zaman kanak-kanak dulu, walaupun dah dewasa
Terbeban dan terperangkap daripada hubungan bersama orang sebegini?
Anda tak keseorangan.
Fokus kepada sesuatu yang dalam kawalan anda (cara jaga diri, teknik bina batasan, teknik berkomunikasi), berbanding kepada sesuatu yang di luar kawalan anda (mengubah si dia).
Rakaman webinar “Growing Up With Difficult People” ini bukan tujuan untuk menyalahkan keluarga kita, tetapi peluang untuk kuasai teknik yang praktikal dalam proses:
Sebelum Tonton Video
Selepas Tonton Video
Aiman sangat tertarik untuk memahami minda dan tingkah laku manusia. Dengan pengalaman bertahun dalam bidang advokasi dan kerja klinikal, beliau didorong oleh misi untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental di Malaysia.
Berdaftar sebagai ahli psikologi klinikal, beliau memberi tumpuan dalam merawat klien yang menghadapi kebimbangan, kemurungan, dan trauma. Beliau bekerja dengan golongan dewasa melalui pendekatan berasaskan bukti seperti Cognitive Behavioural Therapy, Dialectical Behaviour Therapy, dan Acceptance & Commitment Therapy.
Pengalaman profesional Aiman merangkumi latihan klinikal di pusat-pusat psikologi terkemuka dan hospital awam, di mana beliau mengasah kemahiran dalam penilaian psikologi dan psikoterapi.
Dalam sesi, pendekatan beliau adalah untuk memecahkan konsep psikologi yang kompleks kepada panduan praktikal yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan diri. Beliau berminat dalam membimbing individu ke arah ketahanan emosi dan berharap dapat membantu kliennya menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Difahami. Video ini bukan sesuai untuk semua orang.
Anda sendiri buat keputusan sama ada perlu tonton atau tidak.
Masukkan butiran anda di halaman seterusnya. Pastikan nama, emel dan nombor telefon tepat, supaya tak berlaku masalah untuk dapat akses nanti.
Anda boleh menggunakan kad kredit, debit, perbankan online (FPX) atau DuitNow QR.
Pautan webinar akan dihantar ke emel anda. Jika tak ada, boleh semak dalam ruangan 'Promotion' atau 'Spam'.
Log masuk dan pilih video ini dalam akaun anda. Akses seumur hidup, jadi anda boleh tonton bila-bila masa dimahukan.
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan, boleh hubungi pihak Akademi Kesihatan Mental melalui emel akademi@aimanpsikologi.com
(oleh pakar psikiatri bertauliah)
(tonton, terus faham & boleh amal)
(tonton bila-bila dimahukan)
(untuk mudahkan anda faham kupasan)
Nilai Asal
RM 79
Tawaran di sini sahaja
RM 49Â
Kandungan webinar ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).