"Faham. Sedar. Pulih."

2 malam bersama psikologis klinikal untuk bantu anda transformasikan diri daripada Victim kepada Survivor!

Melalui kupasan modul praktikal:
"Inner Safety" dan "Identity Rebuilding",

Anda akan belajar untuk bina pelan perancangan penyembuhan sendiri.

Selama 2 Malam,
Anda Akan Pelajari:

Malam #1 - "Kenapa Kita Jadi Begini?"

Jumaat, 2 Januari,
8.30 - 10.00 malam

Bagaimana luka emosi lama membentuk cara kita berfikir, merasa, dan bertindak sebagai orang dewasa hari ini. Kita akan bongkar kitaran yang buatkan kita ulang corak yang sama walaupun kita penat dan sedar ia menyakitkan.

Antara akan disentuh ialah Inner Safety, iaitu asas rasa selamat dalam diri yang biasanya retak apabila kita membesar dalam suasana yang penuh kritikan, kawalan dan emosi yang terabai.

Supaya anda nampak hubungan antara pengalaman masa kecil dan masalah semasa seperti overthinking, sukar percaya orang, cepat triggered, susah letak boundary dan rasa tak cukup dalam hati.

Malam #2 - "Memulakan Proses Perdamaian"

Sabtu, 3 Januari,
8.30 - 10.00 malam

Kuasai teknik Emotional Rewriting, iaitu cara mengenal pasti skrip lama dalam kepala, seperti “Saya tak layak”, “Saya menyusahkan”, “Saya akan ditinggalkan”.

Serta, bagaimana untuk menukarnya kepada skrip dewasa yang lebih stabil dan sayang diri.

Konsep Identity Rebuilding akan dijadikan kerangka penting malam kedua ini, iaitu proses memilih siapa yang kita nak jadi sebagai orang dewasa sekarang, tanpa terus terperangkap dalam kitaran lama.

Di akhir sesi, anda akan membawa pulang pelan perubahan mini yang boleh diamalkan terus dalam kehidupan seharian, sejurus selepas webinar ini tamat.

(Butiran anda hanya akan digunakan untuk pengumuman pelancaran webinar ini sahaja)

Hak Cipta Terpelihara © 2025