"Terabai Dalam Diam."

2 malam bersama psikologis klinikal untuk bantu anda faham luka emosi yang dah lama pendam, dan bagaimana ia membentuk diri anda hari ini.

Anda akan dibimbing untuk melihat corak diri dengan lebih jelas, memahami puncanya, dan mula membina respons yang menyembuhkan.

Selama 2 Malam,
Anda Akan Pelajari:

Malam #1 - "Kenapa Aku Rasa Begini?"

Jumaat, 3 Julai,
8.30 - 10.00 malam<br


Bagaimana pengalaman awal kehidupan membentuk survival pattern, termasuklah apabila emosi tak difahami, tak dilayan, atau sering dikritik, lalu kita belajar untuk menyesuaikan diri dengan cara tertentu demi rasa selamat.
Supaya anda nampak dengan lebih jelas hubungan antara pengalaman masa kecil dan corak semasa seperti overthinking, rasa tak cukup, sukar mempercayai orang, cepat terasa, atau cenderung memendam dan menjauh dalam hubungan.

Malam #2 - "Langkah Berdamai Dengan Luka"

Sabtu, 4 Julai, 8.30 - 10.00 malam
Bagaimana otak dan emosi kita sebenarnya cuba “melindungi”, menyebabkan kita cenderung mengulang respon lama yang familiar, walaupun ia menyakitkan dan tak lagi sesuai dengan kehidupan sekarang.
Supaya anda memahami kenapa perubahan terasa sukar, serta bagaimana untuk mula membina kesedaran dan respon yang lebih terkawal, termasuk langkah awal untuk keluar daripada kitaran emosi yang berulang dan membina cara hidup yang lebih stabil dan sedar.


(Butiran anda hanya akan digunakan untuk pengumuman pelancaran webinar ini sahaja)

Hak Cipta Terpelihara © 2026