Memahami Maksud Skor Anda

Tahap Rendah

Penggunaan anda berada dalam kawalan dan tidak menunjukkan ciri kompulsif.

Walaupun tahap ini bermaksud tabiat itu tak mengganggu hidup, tetapi adalah baik untuk terus memantau agar ia tak meningkat menjadi lebih serius, tak dijadikan sebagai cara melepaskan tekanan harian dan tak gantikan hubungan yang sebenar.

Tahap Sederhana

Terdapat tanda awal ke arah tabiat yang mula bermasalah.

Tahap ini adalah peringkat awal di mana ia boleh berubah menjadi tabiat yang kompulsif, jika tak dikawal. Anda boleh kenalpasti pencetus (trigger), dan gantikan tabiat ini kepada aktiviti lain (senaman, bersosial, meditasi, sibukkan diri dll).

Letakkan sempadan/batasan untuk tabiat anda (masa, tempat, situasi). Dapatkan sokongan profesional, jika masih sukar untuk kawal walaupun dah cuba

Tahap Tinggi

Tabiat penggunaan menunjukkan tanda kompulsif atau memberi impak negatif kepada kehidupan.

Skor ini tak semestinya bermaksud anda 'ketagih', tetapi ia petanda yang kuat bahawa tabiat ini sudah mula memberi impak negatif dalam hidup, dan memerlukan perhatian serius. Dapatkan bantuan profesional untuk fahami tabiat sendiri dan bagaimana untuk berhenti. Kenalpasti punca emosi seperti kesunyian, tekanan sosial, trauma, kebosanan kronik atau apa saja. Bina sistem sokongan yang membantu.

Masuk Senarai Menunggu Sekarang!

Webinar 3 Malam Bersama Psikologis dan Psikiatris Untuk Bantu Anda Bebaskan Diri Daripada Tabiat Ini

Apa Yang Anda Akan Pelajari:

(Butiran anda dirahsiakan dan hanya digunakan untuk pengumuman webinar “Strength Over Temptation” ini sahaja)

Hak Cipta Terpelihara © 2026