Kita mungkin sudah lama meninggalkan zaman kanak-kanak.
Tetapi tak semua pengalaman zaman kanak-kanak meninggalkan kita.
Ada yang masih terbawa dalam cara kita mengurus emosi, bekerja, membina hubungan dan membesarkan anak-anak sendiri.
Jadi antara yang terawal untuk dapat maklumat pendaftaran dan tawaran pelancaran.
Hari ini mungkin kita dah dewasa, bekerja, ada keluarga dan menjalani kehidupan sendiri.
Tetapi pernah tak kita tertanya-tanya,
Mungkin apa yang sedang berlaku hari ini, sedang ‘trigger’ sesuatu yang kita belajar dari zaman kanak-kanak dulu.
Konvensyen Kesihatan Mental 2026, dengan tema, “When Growing Up Still Hurts” menghimpunkan perspektif psikiatri, psikologis organisasi dan psikologi klinikal untuk memahami bagaimana pengalaman zaman kanak-kanak boleh terus mempengaruhi kehidupan apabila kita meningkat dewasa.
Bukan untuk menyalahkan masa lalu.
Bukan juga untuk mengatakan setiap masalah yang kita alami hari ini berpunca daripada trauma.
Tetapi untuk membantu kita memahami corak yang terbentuk dahulu, mengenali bagaimana ia muncul hari ini, dan mula membina cara hidup yang lebih selamat selepasnya.
Kita pernah menjadi seorang anak sebelum menjadi ibu bapa. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana pengalaman pahit kanak-kanak kita dulu, boleh mempengaruhi emosi, respons dan hubungan dengan anak-anak, serta bagaimana kita boleh mula memutuskan kitaran trauma antara generasi.
8.30-10.00 pm, 30 Oktober 2026
Apa yang kita pelajari tentang penerimaan, autoriti, kesilapan dan konflik semasa membesar kadangkala ikut bersama apabila kita masuk ke alam pekerjaan. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana corak lama boleh muncul dalam cara kita bekerja, berhubung dengan orang lain dan menghadapi tekanan di tempat kerja.
8.30-10.00 pm, 31 Oktober 2026
Cara lama yang pernah membantu kita bertahan mungkin tak lagi diperlukan apabila kita dah dewasa. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana survival mode boleh terus terbawa ke kehidupan hari ini, dan bagaimana kita boleh mula membina rasa selamat serta respons yang lebih sesuai dengan kehidupan sekarang.
8.30-10.00 pm, 1 November 2026
PARENTING → WORKPLACE → DIRI SENDIRI
Luka yang sama, boleh muncul dalam ruang yang berbeza.
Sertai waiting list “When Growing Up Still Hurts” untuk menerima:
Hak Cipta Terpelihara © 2026