"Rasa diri serba tak cukup, emosi selalu bercelaru, sehingga jadi people-pleaser, dan kerap abaikan keperluan emosi sendiri?"

Mungkin anda pernah alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu, diabaikan dalam diam, kerap dibanding-bandingkan dan 'ditekan emosi', sehingga beri kesan kepada alam dewasa sekarang.

Pernahkah anda alami begini?

Dah dewasa tetapi selalu rasa diri macam tak kena, tak tahu kenapa.

Susah nak bina hubungan yang baik, sama ada dengan kawan atau pasangan.

Susah nak cakap 'Tak' kepada orang lain, walaupun diri sendiri dah terbeban.

Terlebih emosi (atau kurang) daripada normal bila berhadapan situasi tertekan.

Selalu rasa diri tak cukup, tak ada kelebihan dan 'loser' berbanding orang sekeliling.

Selalu mengharap validation atau pujian orang sekeliling, dan rasa kena buktikan diri sendiri.

Ini antara kriteria individu yang alami kecederaan emosi sepanjang dia membesar sehingga beri kesan negatif kepada alam dewasa. Tetapi, bukanlah semestinya anda alami trauma, lebih kepada isu emosi tak membesar dengan sihat dan matang, kerana ada luka itu.

4 keperluan emosi yang perlu dipenuhi sejak zaman kanak-kanak kita:

Selamat

Wujud rasa selamat dan tenang daripada ancaman dan tekanan dunia luar setiap kali pulang ke rumah.

Disayangi

Membesar dengan tahu bahawa kita bukan beban kepada keluarga, tetapi anugerah kepada mereka.

Didengari

Dapat ekspresikan diri, perasaan dan pengalaman kepada keluarga tanpa sebarang 'judgement', atau dipersalahkan.

Diraikan

Diberi peluang dan ruang untuk sedar bahawa kita sebahagian daripada keluarga, dan rasa 'sense of belonging'.

Apabila ada yang tak dipenuhi sebaiknya antara keempat-empat ini, ia menjadi cabaran ketika zaman silam kanak-kanak kita dahulu, sehingga terbentuknya luka emosi yang membawa kesan ke alam dewasa kita sekarang.

"Berdamai Dengan Masa Silam", bermaksud..

Mencari makna hidup kita sekarang, daripada pengalaman kita terdahulu. Mengubah persepsi 'victim' kepada 'survivor', kerana selepas emosi yang terluka, kita belajar cari jalan untuk berdamai dengan masa lalu (closure & move on)

Apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak dulu, bukan salah anda. Tetapi, belajar untuk sembuh daripada luka emosi itu dan hentikan kitaran bergenerasi ini, ialah tanggungjawab anda pada masa dewasa sekarang.

Sebagai usaha untuk menghentikan kitaran luka emosi yang sama kepada generasi hadapan,

Akademi Sembuh Bersama ditubuhkan, sebagai platform untuk bantu anda:

(Psstt... Kami nak hadiahkan anda akses percuma selama 30 hari! Berminat?)

Tawaran eksklusif 'Free Trial' ini akan tamat dalam masa:

Hari
Jam
Minit
Saat

Kelebihan Menyertai Akademi Ini

1. Komuniti diselia oleh psikologis klinikal

Belajar bersama ahli berkelayakan dalam industri kesihatan mental untuk pastikan anda dapat ilmu betul dan sahih. Setiap 3 bulan ada jemputan istimewa daripada pakar berbeza (psikiatris, psikologis, kaunselor dan lain-lain berkaitan).

2. Teknik Praktikal Mengurus Emosi Diri

Anda akan belajar untuk memahami masa silam, kemahiran memproses perasaan sekarang dan belajar teknik mengendali emosi secara sihat. Dengan pendekatan kasual dan bersahaja untuk pastikan anda faham teori psikologi ini, selari dengan prinsip “Santai & Saintifik”.

3. Kelas live dan rakaman tanpa had

Hadir sesi setiap 1-2 minggu melalui aplikasi Zoom dan dapat akses semua rakaman (episod lama dan baru). Tonton dan ulang kaji bila-bila anda mahu, ikut rentak masa sendiri, asalkan ada internet yang stabil.

4. Berdiskusi dan saling bertukar semangat

Berhubung dengan ahli komuniti lain yang berkongsi luka emosi yang sama dan mampu memahami kisah anda. Berinteraksi dan berkongsi semangat, dalam sistem komuniti yang selamat dan tertutup.

Dapatkan akses PERCUMA selama 30 hari!

Topik Perkongsian Tahun 2026
(Menggunakan Kerangka H.E.A.L.)
Setiap kelas ini berlangsung secara LIVE setiap bulan, melalui platform Zoom.
Rakaman, nota catatan dan worksheet berkaitan akan diberi untuk setiap sesi live.
(rakaman-rakaman episod terdahulu juga boleh ditonton semula berulang-kali!)

Adakah Keahlian Ini Untuk Anda?

Keahlian Akademi ini sesuai untuk anda jika:

Keahlian Akademi ini tak sesuai untuk anda jika:

Berkenalan Dengan Pengasas

Akademi Sembuh Bersama diasaskan oleh Aiman Amri, atau lebih mesra dikenali sebagai “Aiman Psikologi”. Beliau  seorang psikologis klinikal berdaftar yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Aiman banyak mendidik masyarakat dengan ilmu psikologi melalui ceramah/bengkel bersemuka dan dalam talian, serta melalui penulisan di media sosialnya yang kini mempunyai lebih 350,000 pengikut.

Psikologis Klinikal

Menjalani latihan klinikal di Thrive Well (pusat psikologi swasta pakar isu trauma), Hospital Kajang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Pendekatan dalam rawatan psikoterapi kerap bersama pesakit kemurungan, kegelisahan dan trauma.

Penceramah

Berpengalaman mengendalikan ceramah, bengkel dan webinar kepada lebih 200 institusi kerajaan, korporat dan pendidikan sejak 2017. Pendekatannya santai dan bersahaja, tetapi saintifik dan sentiasa merujuk teori-teori psikologi yang sahih.​

Penulis Buku

5 buku pelbagai topik psikologi seperti Autism, personaliti dan kesihatan mental. Buku terbarunya "Mendewasa Dengan Luka", berkisarkan isu memahami dan berdamai dengan luka emosi zaman silam, telah terjual lebih 1,000 unit pada minggu pertama pelancaran (Ogos 2023).

Apa Kata Mereka?

"Aiman mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Psikologi. Kesungguhannya terserlah sejak pertama kali saya berjumpa dengannya - ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di United Kingdom. Aiman boleh dikatakan anak muda tempatan terawal yang berjaya membawa ilmu-ilmu psikologi yang kompleks kepada masyarakat dengan bahasa dan penyampaian yang mudah difahami. Aiman bijak menggunakan dunia siber, khususnya media sosial sebagai platform yang berkesan untuk advokasi isu psikologi dan kesihatan mental."
Dr. Akif Basri
Psikologis Klinikal
Saya senang berurusan dengan Tuan Aiman. Sejujurnya saya segan kerana beliau seorang yang dikenali. Bila berjumpa secara berdepan, orangnya santai dan kasual. Bila kita kekok, beliau pandai menyesuaikan diri agar kita selesa. Saya pernah sepentas dengan beliau bagi sesi sharing session dalam satu program tertutup, walaupun secara online, beliau pandai mengatur aktiviti agar peserta tidak mengantuk atau bosan.
Nazia Suhaimi
Pejuang Anxiety Disorder

(nama ditutup untuk melindungi identiti)

Sertai Akademi Sembuh Bersama sekarang!

Mulakan Perjalanan Penyembuhan Emosi Anda dan Belajar Cara Mengurus Kesihatan Mental Secara Praktikal

Dalam 30 hari tempoh percubaan PERCUMA ini, anda akan dapat:

Akses Semua Kursus Online

Berjumlah 18 kursus dalam talian yang merangkumi topik kemurungan, kegelisahan, ketagihan, personaliti introvert dan banyak lagi! Durasi keseluruhan video melebihi 50 jam (dan akan terus bertambah).

(Bernilai RM 1,500 keseluruhan)

Kelas LIVE dan Akses Rakaman Semua Sesi

Dengan kekerapan 1-2 kelas sebulan, setiap ahli komuniti berpeluang untuk belajar topik luka emosi ini daripada individu yang bertauliah dalam industri kesihatan mental. Rakaman disediakan untuk ditonton semula.

(Bernilai RM 98 per kelas)

Koleksi Rakaman Webinar Sembuh

Lebih daripada 10 episod disampaikan oleh pelbagai pakar kesihatan mental (psikiatris, psikologis dan kaunselor), sedia untuk ditonton dan dihadam.

(bernilai RM697 keseluruhan)

Platform Berkomuniti dan Diskusi Bersama Ahli Lain

Bayangkan seperti Facebook Group, tetapi bukan Facebook. Pihak Akademi menyediakan sistem eksklusif untuk semua ahli bersosial, bertukar cerita dan pendapat secara maya, serta saling menyokong. Buka di mana-mana peranti!

(Bernilai RM 180 sebulan)

Diskaun Sesi Terapi Bersama Psikologis Akademi

Pihak kami dijangka akan lancarkan servis rawatan terapi ini tak lama lagi. Semua ahli Akademi berpeluang untuk langgan servis ini dengan kadar lebih rendah berbanding bukan ahli.

(Bernilai RM280 per sesi)

BONUS! Koleksi Worksheet dan Panduan Praktikal

Selepas kelas, apa yang perlu anda buat? Kami sediakan worksheet berkaitan strategi yang dipelajari dalam setiap kelas untuk bantu anda praktis teknik dan pantau perjalanan penyembuhan emosi anda. Boleh cetak berkali-kali, jika mahu.

(bernilai RM39 / worksheet)

Jumlah Nilai Yang Anda Dapat:

RM1,500 + RM98 + RM697 + RM180 + RM39

= RM 2,514 / bulan

Hari Ini Sahaja:

RM59 sebulan!

Bonus Eksklusif!
Semua ini anda dapat secara PERCUMA selama 30 hari!

Ya, betul.

Daftar masuk, tonton video, sertai kelas live, terlibat dalam diskusi bersama ahli-ahli lain, 100% PERCUMA untuk 30 hari!

(Yuran bulanan sebanyak RM59 hanya dicaj selepas tempoh percubaan tamat. Anda boleh tamatkan langganan bila-bila masa sahaja dalam tempoh percubaan ini)

Senarai Soalan Lazim (FAQs)

Sebuah komuniti yang diasaskan oleh Aiman Amri (@AimanPsikologi), seorang psikologis klinikal sebagai platform untuk bantu individu yang alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu. Setiap keahlian akan mendapat akses pelbagai kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas secara Live setiap 2 minggu.

Anda juga akan dimasukkan ke sebuah sistem komuniti eksklusif untuk anda berinteraksi secara bebas dengan ahli lain, sebagai kumpulan sokongan, bertukar pendapat, perbincangan isu semasa dan sebagainya.

Terbuka kepada mana-mana individu yang ada alami luka emosi sehingga beri kesan ke alam dewasa sekarang. Jika anda memang ada diagnosis, ambil maklum bahawa perkongsian dalam Akademi ini bukan pengganti kepada rawatan klinikal anda (jika ada).

Selepas anda mendapat akses, semua video kursus dalam talian, rakaman webinar dan kelas terdahulu sedia untuk ditonton, mengikut rentak masa anda sendiri. Bagi kelas secara Live pula, akan diadakan secara dalam talian setiap dua minggu sekali melalui aplikasi Zoom.

Setiap kelas yang dijalankan, akan dirakam dan anda boleh tonton semula jika terlepas, atau untuk ulangkaji semula. Tiada had untuk anda akses semua rakaman, termasuk kelas-kelas sebelum keahlian anda bermula.

Ya, anda perlu ada internet yang stabil dan peranti yang sesuai untuk akses semua semua kursus, webinar, rakaman kelas dan platform komuniti. Akademi Kesihatan Mental ini bersifat dalam talian sepenuhnya, jadi anda boleh sertai dari lokasi yang anda selesa.

Boleh, langganan keahlian anda boleh ditamatkan bila-bila masa anda mahu. Anda akan dapat akses penuh selagi mana tempoh langganan belum tamat. Contohnya, anda langgan untuk satu bulan dan tamatkan langganan pada hari ke-20. Jadi, anda tetap dapat akses berbaki lagi 10 hari.

Boleh, tiada masalah. Boleh terus bahagian tetapan akaun anda dan ubah pakej langganan anda. Yuran pakej yang baru dpilih hanya akan dikira selepas pakej langganan lama tamat.

Tak perlu. Pembayaran akan dibuat secara automatik, berdasarkan pakej pilihan anda. Contohnya anda ambil pakej 1 bulan, maka apabila cukup 1 bulan, barulah pembayaran akan ditolak untuk bulan seterusnya.

Boleh! Kami sediakan pakej Free Trial’ selama 30 hari. Selama sebulan itu, anda bebas untuk menonton video, hadir kelas, berdiskusi dan sebagainya. Cukup sebulan, anda buat keputusan sama ada nak teruskan seperti biasa atau tukar ke pakej tahunan (boleh jimat sehingga RM118!).

Hanya kad debit atau kredit saja yang diterima oleh kami, memandangkan perlunya kaedah pembayaran berkala mengikut pakej keahlian. Setiap pembayaran akan melalui sistem gerbang pembayaran yang selamat dan sahih, maka butiran kad anda kekal terjaga.

Pilih pakej langganan anda, sama ada 1 bulan, atau 1 tahun. Selesaikan pembayaran dan anda akan terima emel untuk akses platform Akademi. Masuk dan lengkapkan profil anda di sana.