🎥 Webinar Eksklusif

"From Childhood Wounds to Adult Healing"

Ada luka emosi yang masih tak hilang hanya sebab kita dah dewasa.

Fahami bagaimana pengalaman pahit zaman kanak-kanak boleh membentuk emosi, hubungan dan cara kita melihat diri sendiri, serta bagaimana perjalanan pemulihan boleh bermula.

Pecahkan Kitaran Kecederaan Emosi dan Trauma Bergenerasi Kita,

3 Sesi Eksklusif Bersama Perunding Psikiatri, Konsultan Psikologi Organisasi dan Psikologis Klinikal Bertauliah

Tiket FINAL CALL  Ditutup Dalam:

Hari
Jam
Minit
Saat

ANDA DAH DEWASA,

Tetapi ada pengalaman zaman kecil yang masih mempengaruhi cara anda hidup hari ini.

Hari ini mungkin anda dah dewasa, bekerja, ada keluarga dan menjalani kehidupan sendiri.

Tetapi pernah tak anda tertanya-tanya,

Mungkin apa yang sedang berlaku hari ini, sedang ‘trigger’ sesuatu yang kita belajar dari zaman kanak-kanak dulu.

Kesan masih dirasai

Childhood Wounds Don't Always Stay in Childhood.

Apa yang kita lalui ketika kecil boleh pengaruhi bagaimana kita belajar untuk rasa selamat, urus emosi dan bina hubungan apabila dah besar.

Secara tak sedar, luka-luka lama itu masih beri kesan kepada cara kita mendewasa sekarang.

Selalu Overthinking

Fikiran selalu berulang-ulang walaupun tiada ancaman

People-Pleasing

Susah untuk cakap “Tak” walaupun dah penat

Susah Kawal Emosi

Mudah marah, menangis atau memendam hingga meletup

Rasa Tak Cukup Baik

Mencari validation orang lain, walaupun dah buat terbaik

Memahami kaitan ini bukan bermaksud anda nak terus menyalahkan masa lalu.

Sebaliknya, ia memberi ruang untuk anda kenali diri dengan lebih baik dan mula membina perubahan.

Apa Anda Boleh Buat?

Satu Konvensyen. Tiga Perspektif. Satu Perjalanan Penyembuhan.

Konvensyen Kesihatan Mental 2026 menghimpunkan tiga panel dengan kepakaran masing-masing untuk membincangkan bagaimana pengalaman zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan terhadap kehidupan dewasa.

Tahun ini dengan tema “When Growing Up Still Hurts”, selama tiga malam, tiga slot saling melengkapi akan membantu peserta untuk: 

Konvensyen ini bukan bertujuan mencari siapa perlu dipersalahkan atas pengalaman lalu.

Sebaliknya, ia membuka ruang untuk kita melihat pengalaman hidup lama dengan lebih jelas, faham kesannya ke sekarang dan kenalpasti jalan untuk hentikan kitaran itu.

Sebelum Hadir Konvensyen

Selepas Hadir Konvensyen

Perjalanan Pembelajaran

Tiga Slot Eksklusif

Apa yang anda akan belajar selama 3 malam konvensyen ini:

Malam 1 - "Parenting Despite Trauma", Membesarkan Anak Tanpa Mewariskan Luka Kita

Kita pernah menjadi seorang anak sebelum menjadi ibu bapa. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana pengalaman pahit kanak-kanak kita dulu, boleh mempengaruhi emosi, respons dan hubungan dengan anak-anak, serta bagaimana kita boleh mula memutuskan kitaran trauma antara generasi.

8.30-10.00 pm, 30 Oktober 2026

Malam 2 - "Dari Rumah Ke Tempat Kerja", Bagaimana Luka Lama Membentuk Cara Kita Bekerja

Apa yang kita pelajari tentang penerimaan, autoriti, kesilapan dan konflik semasa membesar kadangkala ikut bersama apabila kita masuk ke alam pekerjaan. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana corak lama boleh muncul dalam cara kita bekerja, berhubung dengan orang lain dan menghadapi tekanan di tempat kerja.

8.30-10.00 pm, 31 Oktober 2026

Malam 3 - "From Survival to Safe Mode", Membina Rasa Selamat Selepas Membesar Dengan Luka

Cara lama yang pernah membantu kita bertahan mungkin tak lagi diperlukan apabila kita dah dewasa. Slot ini akan bantu anda fahami bagaimana survival mode boleh terus terbawa ke kehidupan hari ini, dan bagaimana kita boleh mula membina rasa selamat serta respons yang lebih sesuai dengan kehidupan sekarang.

8.30-10.00 pm, 1 November 2026

PARENTING → WORKPLACE → DIRI SENDIRI

Luka yang sama, boleh muncul dalam ruang yang berbeza.

Kenali Penyampai

Tiga Panel Bertauliah

Dari bidang kepakaran berbeza, untuk perspektif yang menyeluruh bagi memahami kesan luka emosi ini kepada hidup dewasa anda.

Panel 1 - Dr Rozanizam Zakaria

Pakar Perunding Psikiatri

8.30 – 10.00 pm, 30.10.2026

Kini berkhidmat di Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM Kuantan, Dr Rozanizam aktif berkongsi topik emosi dan mental kanak-kanak dan dewasa di pelbagai akaun media sosialnya.

Beliau juga aktif menulis sebagai usaha mendidik masyarakat dan pernah mengarang buku “Psikologi Si Kecil”, “Solusi Stres” dan “Healing The Invisible Wound”.

Pada tahun 2023, beliau menjalani latihan felo sub-kepakaran Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di Australia dan kini pulang ke Malaysia untuk menyumbang kepakarannya kepada rakyat.

Panel 2 - Dr Alizi Alias

Konsultan Psikologi Organisasi

8.30 – 10.00 pm, 31.10.2026

Memiliki PhD dalam Psikologi Industri dan Organisasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Sarjana Psikologi Gunaan dari University of Surrey, United Kingdom.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang akademik dan industri, dengan kepakaran dalam psikologi organisasi, psikologi gunaan dan psikologi Islam.

Dr. Alizi aktif berkongsi kepakaran dalam membina tempat kerja yang lebih sihat dan berdaya tahan (resilience), melalui buku best-selling “Penat: Bagaimana Mengurus Emsoi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa.”

Panel 3 - En Aiman Amri

Psikologis Klinikal Berdaftar

8.30 – 10.00 pm, 1.11.2026

Dengan nama pena “Aiman Psikologi”, beliau aktif berkongsi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Latihan klinikal beliau di pusat psikologi dan hospital kerajaan banyak berfokuskan isu kemurungan, kegelisahan dan trauma.

Beliau kini sedang menjalani sijil kemahiran “Intergenerational & Family Therapy” untuk memahami lebih mendalam peranan keluarga dalam masalah kesihatan mental dewasa.

Aiman mengutamakan konsep “Santai & Saintifik” dalam pendekatan mendidik dan mahu menjadi ‘jambatan’ menghubungkan masyarakat dengan topik kompleks ini. Antara buku penulisannya, “How Are You?”, “Pendiam” dan “Mendewasa Dengan Luka”.

Apa Kata Mereka?

Komen Peserta Sebelum Ini

Antara maklum balas daripada mereka yang telah mengikuti siri sebelum ini dan dah mula memahami diri dengan lebih mendalam.

Mereka semua sudah alami transformasi ini.

“Daripada tak tahu, kepada lebih kenal luka emosi sendiri.”

Sekarang, giliran anda pula mulakan langkah pertama ini.

Masih berfikir-fikir,

Adakah Konvensyen Ini Untuk Anda?

Benar. Ia bukan sesuai untuk semua orang.

Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.

Konvensyen ini SESUAI untuk:

Konvensyen ini BUKAN untuk:

Sertai Sekarang

Yuran Pendaftaran Konvensyen

Setiap pendaftaran sudah termasuk:

Hadir Live Untuk 3 malam

Peluang mahal untuk anda pelajari topik berat ini dengan pendekatan mudah faham, oleh tiga panel profesional yang mahir dalam bidang mereka tersendiri.

Sesi Q&A Bersama Panel

Ruang selamat untuk anda sampaikan segala persoalan atau perspektif yang anda ingin tahu, daripada 3 perspektif kepakaran berbeza (psikiatri, psikologi organisasi & klinikal)

Akses Rakaman Selama 7 Hari

Boleh tonton dengan ‘pace’ sendiri, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.

Kumpulan Sokongan Online

Setiap peserta akan berada dalam group WhatsApp bersama peserta lain yang ada sejarah luka emosi sama. Peluang bertukar cerita, memohon pendapat atau sokongan emosi.

Nilai keseluruhan anda dapat = RM 420

Tetapi, semua ini anda akan dapat dengan yuran serendah:

Soalan Lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya

Semua yang anda perlu tahu sebelum mendaftar ke konvensyen ini.

Adakah konvensyen ini sesuai untuk saya walaupun tak ada latar belakang psikologi?

Ya, sudah tentu! Konvensyen ini terbuka kepada semua yang berminat untuk memahami bagaimana pengalaman zaman kanak-kanak boleh mempengaruhi kehidupan dewasa. Ketiga-tiga panel akan berkongsi ilmu menggunakan penerangan dan contoh yang dekat dengan kehidupan seharian. Anda tak perlu ada pengetahuan psikologi atau pengalaman profesional untuk sertai konvensyen ini.

Ya. Anda tak perlu ada sejarah trauma atau diagnosis kesihatan mental untuk sertai konvensyen ini. Konvensyen ini juga membincangkan bagaimana pengalaman membesar, termasuk hubungan dengan ibu bapa, suasana keluarga dan keperluan emosi zaman kanak-kanak, boleh mempengaruhi perkembangan psikologi seseorang apabila dewasa. Matlamatnya bukan untuk melabel pengalaman anda sebagai trauma, tetapi membantu anda memahami diri dengan lebih mendalam.

Konvensyen Kesihatan Mental 2026 akan berlangsung sepenuhnya secara dalam talian melalui Zoom, selama tiga malam, bermula 30-31 Oktober dan 1 November, pada jam 8.30-10 malam untuk ketiga-tiga slot. Anda boleh sertai menggunakan telefon pintar, komputer riba atau komputer dari mana-mana lokasi yang ada sambungan internet.

Ya! Anda hanya perlu buat satu pendaftaran untuk dapat hadir live ketiga-tiga slot pembelajaran bersama tiga panel konvensyen.

Jika anda bimbang tak dapat mengikuti semua sesi secara live, kerana akses rakaman akan diberikan untuk anda tonton semula sesi yang terlepas atau mengulang bahagian penting mengikut keselesaan sendiri.

Selepas pembayaran berjaya, anda akan terima pengesahan pendaftaran melalui emel yang digunakan semasa pembelian.
Maklumat penyertaan, termasuk pautan Zoom dan arahan berkaitan konvensyen, akan diberikan kepada peserta berdaftar melalui saluran rasmi penganjur. Pastikan alamat emel yang digunakan adalah betul dan aktif. Semak juga folder Spam atau Promotions sekiranya emel tak ditemui.

Tidak. Konvensyen ini merupakan program pendidikan kesihatan mental yang bertujuan meningkatkan kefahaman tentang pengalaman zaman kanak-kanak, kesannya terhadap kehidupan dewasa dan pendekatan yang boleh menyokong kesejahteraan psikologi. Walaupun kandungannya dibawakan oleh profesional dalam bidang kesihatan mental, penyertaan dalam konvensyen ini tak boleh menggantikan sesi penilaian, psikoterapi atau rawatan profesional secara individu.

Mulakan Langkah Pertama Hari Ini

Hadir ke konvensyen ini dan fahami bagaimana pengalaman masa lalu anda masih mempengaruhi kehidupan dewasa hari ini.