🎥 Webinar Eksklusif

Rasa Diri Serba Tak Cukup, Emosi Selalu Bercelaru, Sehingga Jadi People-Please, dan Kerap Abaikan Keperluan Emosi Sendiri?

Mungkin anda pernah alami luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu, diabaikan dalam diam, dibandingkan dan ‘ditekan’, sehingga beri kesan kepada alam dewasa sekarang.

Sesi webinar untuk bantu anda faham kecederaan emosi sendiri, kenalpasti petanda sedang alaminya, dan kuasai strategi untuk mengurus emosi yang terluka itu, supaya dapat berdamai dengannya.

⭐⭐⭐⭐⭐

Dipercayai lebih 350,000 rakyat Malaysia yang mengikuti kandungan Aiman Psikologi.

Pendaftaran akan ditutup dalam masa:

Hari
Jam
Minit
Saat

Pernah Rasa begini?

"Terbeban Dengan Luka Emosi Dari Masa Lalu."

Rasa terkesan emosi dalam keluarga yang terasa macam sedang berperang, dan tak seperti “syurga” di dunia?

Tekanan emosi dan stres itu normal untuk mana-mana manusia.

Tetapi apabila berlebihan dan berpanjangan pula, ini yang boleh beri kesan luka emosi yang mendalam kepada perkembangan kanak-kanak hingga ke alam dewasa kita.

Tetapi, apa dimaksudkan dengan “luka emosi”?

Dalam konteks ini, luka emosi merujuk kepada kesan daripada tingkahlaku dan layanan orang sekeliling yang ‘merosakkan’ emosi orang di sekelilingnya. Antaranya:

Penderaan Fizikal

Berbentuk keganasan, tindakan agresif, mahupun pengabaian tanggungjawab.

Penderaan Emosi

Kritikan melampau dan berterusan, suka membandingkan pencapaian.

Penderaan Verbal

Mengutuk, mencaci, mengugut dan cubaan nak memanipulasi orang lain

Kalau anda pernah alami situasi sebegini dalam keluarga sendiri,

pasti anda faham sangat betapa penat dan seksanya mental membesar dalam suasana begini.

Kesan Sehingga Dewasa

"Anda tahu ada sesuatu tak kena dengan diri."

Tetapi anda tak tahu nak mula dari mana, dan apa cara yang boleh dibuat.

Emosi Susah Dikawal

Cepat marah, terlebih sensitif dengan benda kecil, tetapi tak pasti kenapa. Pattern begitu macam automatik berlaku.

Jadi People-Pleasing

Terlalu fikir perasaan orang lain dan susah nak dengar keperluan diri sendiri. Sanggup jadi “Yes-Man”, sampai diri sendiri terkorban.

Asyik Research Sendiri

Dah tonton dan baca banyak content healing, tetapi masih rasa serabut, keliru macam mana nak selesaikan.

Terperangkap di Masa Lampau

Anda nak berubah, tetapi macam ada sesuatu dalam diri sejak kanak-kanak dulu, yang sentiasa tarik diri kembali kepada pattern lama.

Mungkin masalahnya bukan anda tak cukup usaha.

Anda dah cuba cari jawapan di mana-mana.

Anda dah baca artikel blog, tonton video di internet, dengar Podcast, tetapi tanpa framework, semua jawapan yang dijumpai itu cuma tambah noise, bukan buatkan anda jumpa solusi.

Framework yang jelas penting untuk faham apa yang sebenarnya berlaku di zaman kanak-kanak dulu, dan bagaimana ia tinggalkan kesan kepada cara anda mendewasa sekarang.

Anda tak perlukan lebih banyak informasi. Anda cuma perlukan direction.

"Berdamai Dengan Masa Silam."

Istilah ini kerap digunakan sebagai cara untuk berhadapan dengan luka emosi kita dulu.

Tetapi, apa yang dimaksudkan “berdamai” itu?

Nak mula dari mana? Apa caranya? Siapa yang boleh dirujuk?

Prosesnya panjang dan sukar, tetapi ia tak mustahil.

Sebahagian daripada proses untuk ‘move on’ adalah dengan dapatkan ‘closure’.

‘Singgah’ sebentar ke zaman silam, melawat dan menghargai diri kita yang masih kanak-kanak dulu itu, lalu memaafkan mereka kerana terus membawa beban itu ke masa sekarang.

Ini yang kita akan bincangkan lebih lanjut dalam webinar From Pain To Power ini.

Jadi, Apa Yang Boleh Dibuat?

Dalam webinar ini, anda akan kenal kerangka L.O.V.E.

Ia bukan jalan pintas, tetapi langkah pertama anda untuk bantu fahami diri dengan lebih jelas dan tersusun.

L - Listen To Your Story

Dengar apa yang sebenarnya berlaku sebelum reaksi muncul, fahami dari mana asal-usul luka itu dan bagaimana ia bagi kesan pada hidup dewasa sekarang.

O - Observe Your Mind and Body

Perhatikan signal daripada badan dan emosi dalaman anda. Apa pemikiran yang muncul? Bagaimana perasaan anda? Sedar sebarang sensasi pada tubuh badan?

V - Validate Your Experience

Berikan ruang pada luka emosi untuk hadir, tanpa anda perlu nafikan atau tekan (suppress) reaksi itu. Ia wujud, bukan dibuat-buat dan bukan kerana anda terlebih sensitif.

E - Express Your Transformation

Luahkan apa perubahan yang anda rasa (jika ada). Insight baru atau kesedaran kepada sesuatu yang selama ini tak perasan? Pilih langkah seterusnya yang lebih jelas dan selamat.

Penafian Penting:

L.O.V.E. ini ialah kerangka untuk memahami luka emosi sendiri dengan lebih mudah dan praktikal,

bukan sebagai diagnosis atau pengganti terapi anda.

Berlangsung selama dua malam,

Apa yang anda akan pelajari

Malam 1 - Faham Kenapa Pattern Ini Berulang

8.30 - 10.00 pm | 18 September

Anda akan mula nampak kaitan antara trigger, reaction dan story yang berlaku, yang berpunca daripada pengalaman pahit zaman kanak-kanak dulu.

Kita akan sentuh pengalaman seperti cepat marah, mudah overwhelmed, people-pleasing, emosi burnout, overthinking, rasa diri tak cukup, dan banyak lagi!

Malam 2 - Kenal dan guna framework L.O.V.E.

8.30 - 10.00 pm | 19 September

Anda akan diperkenalkan kepada 4 langkah praktikal, iaitu Listen, Observe, Validate dan Express.

Matlamatnya bukan untuk selesaikan semua perkara dalam dua malam. Tetapi supaya anda dapat pulang dengan satu corak yang lebih jelas, dan satu langkah seterusnya yang lebih sesuai.

Selepas dah sertai,

“Anda takkan dapat selesaikan terus isu seluruh hidup dalam webinar ini."

Anda mungkin tak dapat semua jawapan, tetapi anda tak perlu terus rasa sesat dan keliru seorang diri.

Sebelum Hadir Webinar

Selepas Hadir Webinar

"Tapi kalau keluarga atau persekitaran aku masih toksik?”

Ini soalan yang sangat valid.

Faham diri tak serta-merta akan ubah orang lain. Ia juga tak menjadikan persekitaran yang susah tiba-tiba jadi mudah.

Tetapi bila anda mula faham corak dan respons diri sendiri, anda akan ada lebih banyak ruang untuk memilih:

Anda mungkin tak boleh kawal atau hentikan semua trigger.

Tapi anda boleh mula membina peta untuk navigate diri apabila trigger itu datang.

Tentang Penyampai Webinar

Hai, saya
Aiman Psikologi

Seorang Psikologis Klinikal Berdaftar

Dengan nama sebenar Aiman Amri, saya berpengalaman membantu klien-klien dewasa memahami trauma kanak-kanak, mengurus emosi dan membina kehidupan yang lebih bermakna melalui pendekatan terapi psikologi yang berasaskan bukti.

100+

Klien dewasa pernah dibantu berkaitan isu emosi

350K

Pengikut dan pembaca konten di media sosial

6

Buku diterbitkan berkaitan psikologi

"Kenapa Saya Bina L.O.V.E. ini?"

Saya tak bina L.O.V.E. ini untuk gantikan proses rawatan terapi.

Saya bina ia kerana saya faham betapa susahnya nak mulakan perjalanan sembuh waktu awal-awal dulu,

Apabila saya mula sedar ada sesuatu dalam diri yang perlu diberi perhatian,

Tetapi tak tahu apa bahasa, arah perjalanan dan langkah yang perlu diambil.

L.O.V.E. ialah starting point yang diperlukan itu.

Bukan untuk memberi label pada hidup anda.

Tetapi untuk bantu anda nampak corak luka emosi diri dengan lebih jelas.

Apa kata Peserta Sebelum Ini?

Perubahan Bermula Daripada Kesedaran

"Tanpa webinar ini, saya tidak akan mungkin berdiri dengan semangat seteguh hari ini bersama para pejuang yang mengalami nasib dan pengalaman seperti saya di luar sana."
Anonymous
Januari 2026
"Bagus perkongsian ini. Pentingnya penyembuhan secara holistik. Dalam perjalanan sembuh ini, belajar tentang resilience, coping mechanism dan emotional regulation."
Syira
November 2025
"Alhamdulillah, sangat detail explanation dan mudah difahami. En Aiman sangat memahami situasi kami yang mengalami trauma. Saya dah tahu macam mana nak heal trauma dengan guidance beliau. Best webinar ever, mashaAllah."
Siti
November, 2025

Masih berfikir-berfikir..

"Webinar ini sesuai untuk saya ke?"

Difahami. Webinar ini bukan sesuai untuk semua orang.

Anda sendiri buat keputusan sama ada mahu daftar atau tidak.

Webinar ini untuk anda jika..

Webinar ini bukan untuk anda jika..

Daftar Sekarang!

Yuran Webinar

Setiap pendaftaran sudah termasuk:

1. Webinar Live 2 malam, disampaikan oleh psikologis klinikal berdaftar

Perkongsian topik yang berat dengan gaya santai dan mudah faham, untuk bantu anda kenal luka emosi sendiri dan belajar teknik praktikal untuk memulakan langkah penyembuhan diri/berdamai dengannya.

2. Sesi Soalan Ketika Slot Live

Peluang untuk anda bertanya apa saja ketika sesi live nanti. Penceramah juga seorang psikologis klinikal yang berpengalaman berhadapan kes dewasa dengan luka emosi sejak kanak-kanak.

3. Akses Rakaman Selama 7 Hari

Boleh tonton semula dengan ‘pace’ sendiri, dari mana-mana lokasi anda mahu. Mudah untuk anda ulangkaji semula topik yang berat ini, atau jika terlepas sesi live.

Semua ini kami berikan dengan yuran serendah:

RM 349

Tawaran Di Sini Sahaja:

Mulakan Langkah Pertama Hari Ini

Hadir webinar ini dan fahami bagaimana pengalaman masa lalu anda masih mempengaruhi kehidupan hari ini.