Isi butiran di bawah untuk dapatkan akses, boleh tonton bila-bila masa dimahukan, tanpa had masa, dan pada mana-mana gajet asalkan ada internet yang stabil. 

"Kenapa Luka Emosi Dulu,
Kita Masih Bawa Sampai Dewasa?

Mungkin luka emosi yang lama terpendam sejak zaman kanak-kanak dulu, masih memberi kesan kepada hidup anda hari ini.

Apabila seseorang membesar dalam suasana kritikan, dingin, tak stabil, atau penuh tekanan seperti penderaan fizikal, emosi, dan verbal, mereka mula terabai sehingga besar.

Akhirnya, fizikal tubuh saja yang dewasa, tetapi emosi masih ‘tersangkut’ seperti kanak-kanak.

Video Ini Sesuai Untuk Anda Jika..

“Apa yang anda anggap sebagai kelemahan hari ini,

mungkin sebenarnya cara anda pernah bertahan dahulu.”

Kandungan Video Eksklusif Ini

Video 1 - Kenapa Ramai Dewasa Diri Mereka Rosak?

Mungkin apa anda anggap sebagai kelemahan hari ini sebenarnya cara anda pernah bertahan dahulu. Untuk memahaminya, kita bukan perlu bertanya "Apa masalah aku?", tetapi, "Apa yang pernah aku lalui sehingga aku jadi begini?"

Video 2 - Luka Emosi Halimunan Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

Luka emosi tak semestinya datang daripada peristiwa besar yang traumatik, tetapi daripada apa yang anda tak pernah dapat atau alami dahulu. Walaupun ia dah lama berlalu, kesannya masih dirasai pada hari ini tanpa anda sedar.

Video 3 - Apa Berlaku Apabila Luka Ini Tak Dirawat?

Luka emosi yang dipendam takkan hilang begitu sahaja. Ia akan kerap muncul semula dalam kehidupan dewasa anda hari ini. Proses memahaminya jadi lebih ringan apabila anda tak lagi menanggungnya seorang diri.

Disampaikan oleh @AimanPsikologi

Apa Yang Anda Akan Dapat?

Penafian Penting:

Kandungan video ini fokus kepada kesedaran dan perkongsian teknik, bukan proses konsultasi atau terapi psikologi dan tidak boleh menggantikan nasihat/saranan pakar yang membantu anda dalam sesi rawatan (jika ada).

Hak Cipta Terpelihara © 2026